PENGENALAN

Terdapat seorang pegawai psikologi S44 di Seksyen psikologi kaunseling dan dibantu oleh seorang penolong pegawai psikoloi S29. Seksyen ini menjalankan sesi/intervensi dari sudut psikologi kepada staf dan pesakit di hospital Sentosa Kuching. Selain itu, seksyen ini juga menjalakan program atau kursus berkaitan dengan perkembangan diri khas untuk staf KKM.

OBJEKTIF

  1. Memberi perkhidmatan kaunseling kepada personel kesihatan yang bermasalah agar dapat mencapai kesedaran kendiri yang optimum.
  2. Membimbing klien agar lebih terbuka dari aspek pemikiran dan tindakan untuk digunakan bagi membangunkan potensi yang ada ke arah kemajuan diri, organisasi dan kehidupan seharian.
  3. Membantu merangka program dan aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri bagi membolehkan individu menguruskan dengan lebih efektif.

VISI SEKSYEN PSIKOLOGI KAUNSELING

Memberi perkhidmatan kaunseling profesional yang cekap dan berkesan bagi mencapai kepuasan klien melalui pengalaman budaya korporat dan peningkatan kualiti yang berterusan.

MISI SEKSYEN PSIKOLOGI KAUNSELING

Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang dinamik dan profesional dengan memberi penekanan kepada tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan lunas-lunas budaya korporat KKM.

SKOP PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KAUNSELING:

1. Kaunseling Individu
2. Kaunseling Keluarga
3. Kaunseling Kelompok
4. Kaunseling Keluarga/Perhubungan

PROSEDUR RUJUKAN KLIEN KE SEKSYEN PSIKOLOGI KAUNSELING, HOSPITAL SENTOSA KUCHING

MAKLUMAT PEGAWAI DAN STAF SEKSYEN PSIKOLOGI & KAUNSELING

BIL. NAMA JAWATAN EMEL (@MOH.GOV.MY) SAMBUNGAN
1 TAN MEM SYN PEGAWAI PSIKOLOGI S10 tanmemsyn  
2 MELISSA ANAK NUAH PEGAWAI PSIKOLOGI S9 melissanuah  
3 VIVIAN WONG MIN NI PEGAWAI PSIKOLOGI S9 vivianwmn  
4 ZAIFAH BINTI JULI @ GOLONG PENOLONG PEGAWAI PSIKOLOGI S5 zaifahjuli