PENGENALAN
Seksyen Kewangan & Akaun adalah di bawah Bahagian Pengurusan. Diketuai oleh seorang Penolong Akauntan W5 yang bertanggungjawab untuk mengurus dan memantau hal-hal berkaitan kewangan, akaun, gaji dan hasil. Seksyen ini mempunyai 5 orang anggota yang terdiri daripada seorang lagi Penolong Akauntan W5, Pembantu Tadbir Kewangan Kanan W3, Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi N2 serta 2 orang Pembantu Tadbir Kewangan W1.
OBJEKTIF
Bertanggungjawab memberikan khidmat sokongan berkaitan pengurusan kewangan dengan efisen, cekap dan teratur mengikut peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan bagi membolehkan semua aktiviti berjalan lancar, sempurna dan berkesan ke arah pencapaian objektif Hospital Sentosa Kuching.
SKOP PERKHIDMATAN / AKTIVITI
PENGURUSAN KEWANGAN
• Mengurus, menyedia dan memantau Belanjawan Mengurus dan Pembangunan dengan cekap berpandukan kepada peraturan/ prosedur kewangan;
• Menjelaskan semua pembayaran dengan cepat iaitu dalam tempoh 14 hari ke atas perkhidmatan dan bekalan melalui Sistem iGFMAS;
• Memberi mutu perkhidmatan yang mesra, berkualiti dan professional terhadap pelanggan-pelanggan dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan pengurusan kewangan; dan
PENGURUSAN AKAUN
• Memastikan Buku Vot Amanah dan Deposit serta Daftar Bil diselenggara dengan betul dan laporan berkenaan disediakan;
• Menyediakan Laporan Perbelanjaan Bulanan, Tahunan dan Penyata Penyesuaian Vot Perbelanjaan;
• Menguruskan pembayaran Pukal WPUA, Elektrik, Air, Telefon dan Minyak.
PENGURUSAN GAJI
• Menguruskan pembayaran emolumen kepada semua anggota Hospital Sentosa; dan
• Mengurus dan memastikan semua bayaran emolumen dan elaun dibuat mengikut peraturan.
PENGURUSAN HASIL
• Memungut kutipan hasil kerajaan melalui caj-caj rawatan perubatan;
• Keselamatan Wang Tunai;
• Menyediakan Penyata Pemungut;
• Bank In Kutipan Hasil;
• Membuat Laporan Bulanan dan Penyesuaian Akaun Hasil;
• Membuat Laporan Akaun Belum Terima; dan
• Penyediaan Hapuskira Tunggakan Hasil.
RUJUKAN
- Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia
- Surat Pekeliling Perbendaharaan
- Arahan Perbendaharaan
- Pekeliling / Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia
- Pekeliling / Surat Pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia
- Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri
- Pekeliling / Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam
- Akta Fi
MAKLUMAT PEGAWAI
| BIL | NAMA PEGAWAI | NO.TELEFON ( SAMBUNGAN ) | EMEL@moh.gov.my |
| 1 | MARTHA LAING | 113 | marthalaing |
| 2 | FAYDZALIZA BINTI MOHIDIN | 113 | faydzaliza |
| 3 | BAHIAH BINTI OSMAN | 115 | bahiahosman |
| 4 | LAZARINO ANAK EBON | 116 | lazarinoebon |
| 5 | HANAFI BIN BARAHIM | 114 | hanafi.b |
| 6 | TINO FREDO ANAK TENDANG | 115 | tinofredo |
| 7 | MARGARET ANAK NYARING | 116 | margaret_nyaring |
PIAGAM PELANGGAN SEKSYEN KEWANGAN & AKAUN HOSPITAL SENTOSA, KUCHING SARAWAK
| Bil | Perkara | Sasaran Masa |
|---|---|---|
| 1 | WARAN PERUNTUKAN – Aku terima waran peruntukan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak |
3 hari bekerja |
| 2 | PESANAN KERAJAAN – Mengeluarkan pesanan kerajaan kepada pembekal setelah menerima permohonan yang lengkap beserta kelulusan pegawai-pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan perolehan |
5 hari bekerja |
| 3 | TUNTUTAN ELAUN PEGAWAI – Memproses pembayaran elaun kepada pegawai setelah menerima tuntutan yang sempurna dan lengkap dengan dokumen sokongan termasuk perakuan tandatangan penyelia |
14 hari bekerja |
| 4 | ARAHAN PEMBAYARAN PELBAGAI – Memproses pembayaran bil kepada pembekal setelah menerima invois yang sempurna dan lengkap dengan dokumen sokongan |
14 hari bekerja |
| 5 | EMOLUMEN – Memproses perubahan gaji dan kuncimasuk ke dalam sistem i GFMAS (Sapgui HCM) |
Mengikut jadual JANM |
| 6 | HASIL – Mengeluarkan resit rasmi setelah menerima pembayaran daripada orang awam |
30 minit |
| 7 | LAPORAN – Menyediakan Laporan Perbelanjaan Bulanan Mengurus dan Pembangunan dan dikemukakan kepada JANM – Menyediakan Laporan Hasil dan dikemukakan ke KKM – Menyediakan Laporan Akaun Amanah dan Deposit dan dikemukakan ke JANM & KKM |
Sebelum 10hb pada bulan berikut |