Soalan Lazim

Soalan Lazim2019-12-15T08:11:52+08:00
Adakah pihak Hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?2019-12-15T01:14:03+08:00

Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital

Bilakah masa melawat?2019-12-15T01:15:36+08:00

Isnin – Jumaat : 12.30 tengahari – 2.00 petang & 4.30 petang – 7.00 malam

Hujung Minggu & Hari Kelepasan Am: 12.30 tengahari – 7.00 malam

Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?2019-12-15T01:15:36+08:00

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)

Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?2019-12-15T01:15:36+08:00

Pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.

Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?2019-12-15T01:15:36+08:00

Sila klik sini untuk lampiran

Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan?2019-12-15T01:15:36+08:00

Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.

Dimanakah Hospital Sentosa terletak dan bagaimanakah untuk menghubungi?2019-12-15T01:15:37+08:00

Hospital Sentosa terletak di Kota Sentosa, Jalan Penrisen Batu 7, 93250 Kuching, Sarawak. Untuk mengetahuai lebih lanjut sila rujuk peta (map online), telefon and faks di laman /hubungi-kami/ (sila klik sini)

Go to Top