Hospital Sentosa adalah hospital psikiatri yang pertama di Sarawak dan ia mula beroperasi sejak tahun 1958.
Nama asal hospital ini adalah Hospital Mental Sarawak sebelum bertukar ke Hospital Sentosa pada 1 Ogos 1998.
Hospital mempunyai 338 katil hospital dan menyediakan perkhidmatan pakar mental untuk pesakit luar dan pesakit dalam. Sehingga tahun 2019, bilangan kakitangan adalah seramai 394 orang termasuk 5 orang Pakar Psikiatri dan 21 orang Pegawai Perubatan.
Jenis rawatan yang terdapat di Hospital Sentosa termasuk:
Sokongan klinikal
• Ubat-ubatan
• Pemulihan
• Psikoterapi Kaunseling ET
• Terapi Terapi Electro (ECT)
Kemudahan di Hospital Sentosa:
• Kedai serbaneka/Kedai Sihat
• Perpustakaan
• Dewan Serbaguna/Dewan OT
• Padang bola
• Gimnasium