UNIT H-CPU (HOSPITAL BASED COMMUNITY PSYCHIATRY UNIT )

HOSPITAL SENTOSA

 

Pengenalan:

Perkhidmatan Perawatan Hospital Komuniti Psikiatri atau Hospital Based Community Psychiatry Service (H-CPU), Hospital Sentosa merupakan satu program penjagaan dan perawatan yang dilakukan untuk membantu meneruskan rawatan pesakit yang didscaj dari wad psikiatri. Perawatan H-CPU adalah berasaskan pendekatan “multi-disciplinary team (MDT)” di mana perawatan pesakit yang telah dijalankan di wad akan diteruskan di rumah pesakit oleh ahli pasukan H-CPU dengan menekankan penglibatan keluarga dan komuniti. Perkhidmatan ini juga adalah untuk menampung masalah perawatan pesakit mental yang teruk di mana mereka biasanya tidak mengikut peraturan perawatan mereka dan gagal menggunakan kemudahan klinik psikiatri.  Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, ianya boleh mengurangkan kemasukan pesakit ke wad, dan mengurangkan penyakit berulang (relapse) dan seterusnya boleh mengurangkan kos perawatan pesakit dalaman di hospital. Kualiti kehidupan pesakit juga akan meningkat dan perkhidmatan ini juga meningkatkan kepuasan pelanggan, pesakit dan keluarga.

Hasil-hasil penyelidikan menunjukan bahawa kemasukan wad boleh dikurangkan dan jangka waktu tinggal di dalam wad dapat disingkatkan apabila perkhidmatan perawatan akut di rumah disediakan. Pengurusan pesakit yang sedang mengalami gejala akut atau dalam keadaan krisis dalam persekitaran rumah akan meningkatkan penglibatan keluarga secara lebih aktif sejak dari bermulanya penyakit. Perkhidmatan ini juga akan mengubah persepsi dan mengurangkan stigma keluarga dan masyarakat terhadap pesakit mental. Kajian-kajian saintifik telah menunjukkan bukti-bukti perkhidmatan ini menjadi pilihan pesakit dan keluarga mereka berbanding dengan kemasukan ke wad jika pesakit masih boleh diuruskan di rumah.

Perkhidmatan ini pada mulanya dikenali sebagai  Community Psychiatric Nursing (CPN) telah bermula sejak tahun 1990an dan telah disusun semula pada tahun  2005, 2008 dan 2017. Unit CPN telah ditukar kepada Perkhidmatan Perawatan Hospital Komuniti Psikiatri atau Hospital Based Community Psychiatry Service (H-CPU) pada April 2017.

Komponen Perkhidmatan H-CPU merangkumi dua komponen perkhidmatan utama (Psychiatric and Mental Health Services Operational Policy National Operational Policy, Malaysia 2011)  iaitu:-

  1. Perkhidmatan Perawatan Akut (PPA)
  2. Perkhidmatan Komuniti Asertif (PKA)

Perkhidmatan Perawatan Akut adalah bertujuan mengatasi krisis yang sedang dialami oleh pesakit. Ianya melibatkan penilaian faktor-faktor risiko dan menanganinya. Perkhidmatan perawatan akut di rumah untuk pesakit mental menyediakan perawatan yang komprehensif kepada pesakit yang sedang mengalami gejala-gejala akut dan masalah rumit yang memerlukan penyelengaraan yang intensif.

Perawatan Komuniti Asertif pula bertujuan mencegah relaps penyakit psikiatri dan menyasarkan pesakit mental yang kurang akut. 

Objektif:

H-CPU bertujuan untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan mental masyarakat yang menyeluruh.

  • Pengesanan awal gejala-gejala   ‘relapse’ untuk mengurangkan kadar kemasukan pesakit ke Wad Psikiatri;              
  • Memastikan rawatan berterusan dapat diberikan kepada pesakit di rumah/ komuniti; 
  • Mengurangkan kadar penyakit berulang serta mengurangkan kemasukan semula ke hospital.
  • Merancang dan menjalankan pemulihan pesakit psikiatri untuk meningkatkan kualiti kehidupan pesakit di komuniti.
  • Ke arah penjagaan kesihatan dan pemulihan dalam komuniti agar dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit
  • Menggalakkan penglibatan pesakit serta keluarga dan seterusnya memperkasakan (empowering) keluarga dan komuniti dalam penjagaan pesakit di rumah
  • Perkongsian bijak (Smart Partnership) dalam penjagaan di  antara hospital dan komuniti dan dengan pelbagai agensi, NGO melalui aktiviti Corporate Social Responsibilities (CSR).
  • Mewujudkan jaringan (networking) di antara pelbagai agensi kerajaan, bukan kerajaan dan badan sukarelawan (NGO)  dalam penjagaan psikiatri di komuniti
  • Mempromosi kesedaran tentang kesihatan mental di kalangan masyarakat.
  • Mengurangkan stigma terhadap penyakit mental di mata masyarakat
  • Membantu memulihkan pesakit ke arah penyembuhan (“Recovery”)

Pada tahun 2017 juga, kawasan lawatan dibahagikan kepada  empat zon dan diuruskan oleh “Case Manger’ atau Pengurus Kes. Case manager terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Perubatan dan seorang Jururawat Terlatih yang bertanggungjawab

Kawasan yang dilawati (Catchement Area):

Bil. Zon Kawasan
1 Zon A Tabuan/ Padawan/ Bt.8,9,10/ Siburan/Bt 28
2 Zon B Batu Kawa/ Stutong/ Bintawa/ Petra Jaya
3 Zon C Bau/ Lundu/ Bt. Kitang/ Desa Bina Diri
4 Zon D Kota Samarahan/ Taman Maliha/ Bt4,5

Keanggotaan:

Perkhidmatan H-CPU terdiri daripada pasukan pelbagai disiplin yang menyediakan menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan mental yang komprehensif serta rawatan dan pemulihan kepada orang-orang yang mempunyai masalah mental di rumah atau berada di rumah sebaik mungkin. Ahli pasukan H-CPU adalah termasuk Pakar Psikiatri, Pengawai Perubatan,  Penolong Pegawai Perubatan , Jururawat terlatih, Pegawai Farmasi, Pegawai Jurupulih Cara Kerja dan  Pegawai Kebajikan Sosial Perubatan dan kakitangan sokongan lain.

Skop Perkhidmatan H-CPU:

  • Penilaian kesihatan mental; 
  • Penilaian krisis dan risiko penyakit; 
  • Menyediakan pelan perawatan di  rumah dan melaksanakan tindakan sewajarnya; 
  • Memberi pendidikan kesihatan mental; 
  • Pemulihan Psikososial & rehabilitasi; 
  • Memperkasakan keluarga serta penjaga dan komuniti dalam penjagaan pesakit dan; 
  • Bekerjasama dengan agensi – agensi lain untuk membantu memenuhi keperluan  pesakit.
  • Membuat promosi kesihatan mental termasuk saringan kesihatan mental.

 

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN (2018-2019)

  1. Lawatan Tahunan Pakar Psikiatri ke Klinik Kesihatan di Kota Samarahan, Bau, dan Lundu/Sematan.

-membantu melakukan penilaian kesihatan mental dan memberi perancangan pelan perawatan individu ke atas pesakit psikiatri yang menerima rawatan susulan di Klinik Kesihatan.

– Melakukan sesi Continous Medical Education berkaitan jagaan dan rawatan pesakit psikiatri kepada kakitangan Klinik Kesihatan.

  1. Promosi kesihatan minda dan saringan kesihatan minda :
  • Program kesedaran minda dan kawalan penyakit berjangkit di Institusi Kebajikan Desa Bina Diri.
  • Program Corporate Social Responsibilities anjuran UNIMAS di sekolah-sekolah di daerah Bau dan di universiti-universiti swasta, politeknik dsb
  • Program Komuniti Tebakang, Program Komuniti Asajaya,
  1. Program Kami Prihatin.
  • Gotong- royong di kediaman pesakit.
  • Jagaan Kejururawatan (Nursing care)
  • Rehabilitasi aktiviti harian pesakit.
  • Kebun mini organik
  • Program Ziarah Kasih
  • Derma baju terpakai
  1. Berkolaborasi dengan Pertubuhan bukan kerajaan untuk meluaskan system sokongan kepada pesakit yang memerlukan.
  • Hope Place membekalkan makanan dan barangan kegunaan harian.
  • Mental Health Association memberi peruntukan kepada Program Kami Prihatin.
  • Breakthrough Network membantu membina tempat tinggal yang baru untuk pesakit.

 

Disediakan oleh:

Dr. Syarifah Hafizah binti Wan Kassim

Pakar Psikiatri

 

BIL. NAMA JAWATAN SAMBUNGAN EMEL (@moh.gov.my)
1. DR SYARIFAH HAFIZAH BINTI WAN KASSIM PAKAR PSIKIATRI 202  
2. DR CHARLES YEOH CHIA MINN PAKAR PSIKIATRI 201  
3. DR SHIM VUN KONG PAKAR PSIKIATRI 203  
4. DR STEPHANIE ONG BOON KHENG PAKAR PSIKIATRI 204  
5. DR MICHELLE LEE HUI LIM PAKAR PSIKIATRI    
6. DR ONG ENG YAW PAKAR PSIKIATRI    
7. DR VALERIE KEDUNG LAI PEGAWAI PERUBATAN    
8. DR SITI ZARINA BINTI ZULHADY PEGAWAI PERUBATAN    
9. DR LEE JING TYNG PEGAWAI PERUBATAN    
10. DR MOHD. AFDHAL BIN ABDUL HADI PEGAWAI PERUBATAN    
11. DR ALAGINIAL A/P GOVENDAN PEGAWAI PERUBATAN    
12. DR MICHELLE JELEMBAI ANAK JUKI PEGAWAI PERUBATAN    
13. DR GUE KAY LYN PEGAWAI PERUBATAN    
14. DR TIONG CHING CHING PEGAWAI PERUBATAN    
15. DR KAREN LIM MEI ER PEGAWAI PERUBATAN    
16. DR DOROTHY CHERLOW WERA PEGAWAI PERUBATAN    
17. DR DEBORAH TEH LAY YUEN PEGAWAI PERUBATAN    
18. DR FAIRUZ BINTI RAHIM PEGAWAI PERUBATAN    
19. DR ABDUL SYUKUR BIN RAMLI DOKTOR KONTRAK    
20. DR CHEN TONG LIN DOKTOR KONTRAK    
21. DR AWANG EMIR NAIM BIN AWANG MENTALI PEGAWAI PERUBATAN    
22. DR SITI NOORADIBAH BINTI MD ZAID PEGAWAI PERUBATAN    
23. DR WOON JIA SERN PEGAWAI PERUBATAN    
24. DR LEE XIAO HUI PEGAWAI PERUBATAN    
25. DR ‘ALIYA RAIHANAH BINTI AZHAR PEGAWAI PERUBATAN    
26. DR THAQIEF BIN MOHAMAD AZAINI PEGAWAI PERUBATAN    
27. DR SHARIFAH ALIMAH SYAMSIAH BT WAN MOHAMAD YUSOP PEGAWAI PERUBATAN    
28. DR HAZIRAH BINTI HASSAN PEGAWAI PERUBATAN    
29. DR LIM CHEAH YAN PEGAWAI PERUBATAN    
30. DR NUR SYAZWANI BINTI ABU BAKAR PEGAWAI PERUBATAN    
31. DR NUR NAJIHAH BINTI MAHMUD PEGAWAI PERUBATAN    
32. DR WONG MEI HOOI PEGAWAI PERUBATAN    
33. DR GERALDINE ANG WEE WEE PEGAWAI PERUBATAN    
34. DR NUR AMIRAH ZAKIYYAH BINTI MAT ZAKRI PEGAWAI PERUBATAN    
35. DR SAMANTHA YEO LEU PEGAWAI PERUBATAN    
36. DR MISHALINI A/P THAMILVANAN DOKTOR KONTRAK