1. PENGENALAN

Perawatan kesihatan mental psikiatri ialah proses di mana jururawat membantu individu, keluarga atau kumpulan dalam membina konsep kendiri yang positif, atau corak hubungan interpersonal yang lebih harmoni dan peranan yang lebih produktif dalam masyarakat. Jumlah kapasiti katil pesakit dalam hospital adalah sebanyak 338 buah.

 

1.1 VISI

Sebagai sebuah unit yang mengungguli perkhidmatan perawatan psikiatri yang cemerlang.

 

1.2 MISI

Untuk membantu pelanggan menikmati kehidupan yang berkualiti mengikut keupayaan masing-masing melalui perkhidmatan perawatan yang holistik.

 

1.3 OBJEKTIF

i. Untuk memberi perjagaan yang selamat, berkesan, efektif dan berkualiti.

ii. Untuk merancang, melaksana dan menyemak semula piawaian perawatan.

iii. Untuk memantau dan menilai penjagaan perawatan berpandukan kriteria dalam piawaian kejururawatan.

iv. Untuk berkerjasama dengan institusi latihan dalam pengalaman klinikal pelatih.

v. Untuk menyedia perancangan pembelajaran berterusan dan pos basic kepada Jururawat.

vi. Memantau dan memudahcara aktiviti penambahbaik dan kajian kejururawatan.

 

  1. SKOP PERKHIDMATAN

2.1 Memantau dan memastikan piawaian prosesional, amalan klinikal, kod etika serta penjagaan pesakit yang berkualiti dilaksanakan oleh anggota kejururawatan.

2.2 Mengendalikan kursus untuk kakitangan baharu dan program bimbingan untuk kakitangan yang merupakan graduan baharu, mengadakan latihan dalaman, serta mengesyorkan jururawat untuk mengikuti latihan pasca-asas dalam bidang psikiatri.

2.3 Pengurusan dan penyeliaan unit khusus seperti perkhidmatan psikiatri komuniti dan MENTARI.

2.4 Perancangan dan pengurusan pengerakan, penggiliran, penyusunan semula dan penempatan jururawat.

2.5 Perkhidmatan pesakit dalam hendaklah disediakan 24 jam sehari, dengan kakitangan kejururawatan bertugas dalam tiga syif.

 

UNIT KEJURURAWATAN

Bil. Nama Jawatan Email (@moh.gov.my) Ext
1. MATRON NURAFIQAH @ MARY BINTI ABDULLAH KETUA PENYELIA JURURAWAT U9 nurafiqah 110
2. MATRON ADELYN ANN TYON KETUA PENYELIA JURURAWAT U10 adelyn 218
3. KHAMISIAH BINTI OSMAN PENYELIA JURURAWAT U7 khamisiah 218