VISI

UNIT KEJURUTERAAN AKAN MENJADI SEBUAH UNIT YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN PELBAGAI BIDANG YANG MENJURUS KEPADA MENJADIKAN INSTITUSI PERUBATAN SEBAGAI SEBUAH INSTITUSI YANG CEKAP DAN EFISIEN DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF, SELAMAT, MODEN DAN TERKINI.


MISI

SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN PENSWASTAAN KHIDMAT SOKONGAN HOSPITAL (PSH) YANG DIBERI OLEH SYARIKAT KONSESI MEMBERI MANFAAT SEPENUHNYA KEPADA INSTITUSI KESIHATAN, KHUSUSNYA DAN DAPAT MEMBANTU MENYAMPAIKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN YANG BERMUTU TINGGI KEPADA PELANGGAN AMNYA.


OBJEKTIF

  1. Memantau pelaksanaan Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS), Penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH), Perkhidmatan Pendobian (LLS), Pencucian (CLS), Pengurusan Sisa Klinikal (HWMS), Kejuruteraan Fasiliti (FEMS) dan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS) agar dilaksanakan mengikut kehendak Perjanjian Konsesi.
  2. Melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna hospital dengan memastikan semua keperluan Perjanjian Konsesi dipenuhi.
  3. Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan adalah cekap, selamat dan berkualiti.

POLISI DAN PROSEDUR

  • Bekerjasama erat dengan syarikat konsesi dalam merangka dan memantau pengoperasian hospital agar semua aset berada pada tahap optimum.
  • Memastikan setiap projek dan perkhidmatan kejuruteraan adalah selamat, cekap dan memenuhi standard teknikal yang ditetapkan.
  • Memastikan pegawai dan staf kejuruteraan mematuhi semua garis panduan keselamatan, akta, peraturan dan Standard Operating Procedure (SOP) yang berkuat kuasa.
  • Memantau dan mengaudit semua perkhidmatan kejuruteraan bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan kemampanan (Sustainability).
  • Memberi khidmat nasihat teknikal bagi projek pembangunan hospital supaya projek dilaksanakan mengikut spesifikasi dan keperluan pengguna.
  • Menyediakan laporan berkala mengenai status fasiliti, aset dan projek kejuruteraan kepada pihak pengurusan hospital.

BIL NAMA JAWATAN EMAIL (@moh.gov.my) EXT
1 RINIT ANAK AUGUSTINE LIOM PENOLONG JURUTERA AWAM JA5 rinit 112
2 VANILLA GLORY ANAK ROBIN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N2 vanilla 112
3 NORSUZILA BINTI YAMAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N2 norsuzila 112
4 MUJAHID AMMAR ALI BIN ABDUL FATA PERSONAL MySTEP 112