Pendaftaran Kemasukan Wad

Pendaftaran Kemasukan Wad

Senarai Semak Kemasukan: Sila pastikan anda membawa DOKUMEN ASAL berserta barangan keperluan peribadi seperti yang disenaraikan di bawah bagi melancarkan proses kemasukan wad anda.
🇲🇾

Warganegara Malaysia

  • MyKad (NRIC)
  • MyKid / Sijil Kelahiran (Bagi kanak-kanak)
  • Kad Pesara (Bagi pesara penjawat awam)
  • Surat Jaminan
    • eGL (Government)
    • Pekerja sektor swasta (Sekiranya pembayaran bil ditanggung syarikat)
  • Wang Tunai Deposit (Kadar tertakluk kepada jenis wad)
🌐

Warga Asing

  • Pasport Antarabangsa yang sah
  • Dokumen Perjalanan / VISA rasmi
  • Surat Jaminan Majikan (Sektor swasta, sekiranya pembayaran bil ditanggung syarikat)

Senarai Barangan Peribadi

🎒 Yang Perlu Dibawa

  • Berus Gigi & Ubat Gigi
  • Tuala Mandi
  • Sikat Rambut
  • Kasut / Selipar
  • Pakaian (Baju salinan)

💡 Cadangan Keselesaan

  • Buku / Majalah / CD Player (Untuk hiburan ringan)
  • Penutup mata (Keselesaan tidur sekiranya silau lampu wad)
  • Palam telinga / Earplugs (Bagi pesakit yang sensitif bunyi)
  • Wang tunai mencukupi (Untuk membeli makanan/minuman di Hospimart)

⛔ Tidak Patut Dibawa

  • Barang-barang kemas, perhiasan mewah, dan barangan bernilai tinggi.

* Pihak Hospital tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kecurian, atau kerosakan barangan peribadi pesakit semasa menerima rawatan di hospital.