PERGIGIAN PEDIATRIK

Pengenalan Unit

Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Sibu mula beroperasi pada Jun 2021 dan berperanan sebagai pusat rujukan bagi hospital-hospital di Betong, Sarikei, Mukah, Dalat, Daro, Kanowit, Kapit dan Selangau.

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan pergigian paediatrik bagi pelbagai kes termasuk early childhood caries, endodontik, trauma, perubatan dan patologi oral, kanak-kanak berkeperluan khas serta pesakit dengan masalah kesihatan yang kompleks (medically compromised cases).

Penyampaian perkhidmatan berteraskan tiga fungsi utama, iaitu kecekapan klinikal, pembangunan sumber manusia serta penyelidikan dan kualiti. Bagi menyokong pembangunan sumber manusia, program Latihan Perubatan Berterusan (CPD) yang berstruktur turut dilaksanakan untuk Pegawai Pergigian Bukan Siswazah (NDO), Pembantu Pembedahan Pergigian (DSA) pelatih dan kakitangan, dengan kerjasama pejabat pergigian bahagian.

Hospital Sibu · Pergigian Paediatrik