FORENSIK

Pengenalan Unit

Perubatan forensik merupakan bidang perubatan yang mengaplikasikan ilmu perubatan bagi membantu menyelesaikan kes-kes medikolegal.

Jabatan Perubatan Forensik bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan bedah siasat ke atas mayat yang dibawa oleh pihak polis bagi membantu menentukan punca dan keadaan kematian.

Bedah siasat medikolegal hanya boleh dijalankan di hospital kerajaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan yang berdaftar mengikut Seksyen 330 Kanun Prosedur Jenayah.

Pakar Perubatan Forensik turut menjalankan autopsi bagi kes bunuh, kematian mencurigakan, kematian dalam tahanan, bencana dengan ramai kematian serta kes-kes autopsi berisiko tinggi.

Laporan autopsi disediakan berdasarkan penemuan pemeriksaan bedah siasat, pemeriksaan histopatologi dan analisis makmal bagi melengkapkan siasatan kes medikolegal.

Selain itu, perkhidmatan forensik merangkumi pemeriksaan sisa kerangka melalui Antropologi Forensik serta pemeriksaan Forensik Klinikal terhadap tahanan, suspek dan mangsa jenayah.

Pakar Perubatan Forensik juga terlibat dalam pengurusan identifikasi mangsa bencana, pemeriksaan tempat kejadian atau tempat kematian, bedah siasat berisiko tinggi serta memberikan keterangan sebagai saksi pakar di mahkamah berdasarkan laporan yang disediakan.

Hospital Sibu · Forensik