UNIT KAWALAN INFEKSI
Pengenalan Unit
Unit Kawalan Infeksi ialah unit sokongan klinikal yang bertanggungjawab mencegah, mengawal, dan memantau kejadian jangkitan nosokomial atau Healthcare-Associated Infections (HAI) di hospital. Unit ini memastikan keselamatan pesakit, pelawat, dan kakitangan kesihatan sentiasa terpelihara melalui garis panduan dan latihan berterusan.
Hala Tuju Strategik
Visi
Mewujudkan sebuah unit yang berkualiti dan cemerlang bagi mencegah serta mengawal jangkitan berkaitan perkhidmatan kesihatan (Healthcare Associated Infections - HCAI).
Misi
Mencegah dan mengawal HCAI melalui pemantauan (surveillance), pendidikan, pelaksanaan dasar, dan pengurusan wabak dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat serta bebas daripada HCAI bagi pesakit, anggota kesihatan, kakitangan, dan pelawat di hospital.
Objektif
- Mencapai prestasi kebersihan tangan 6 bulan sekali pada kadar > 85%.
- Mencapai kadar jangkitan aliran darah berkaitan kateter (Catheter-Associated Blood Stream Infection - CABSI) < 0.5/100.
- Mencapai kadar jangkitan berkaitan perkhidmatan kesihatan < 5%.
-
Mencapai kadar pemantauan Organisme Rintangan Pelbagai Ubat (Multidrug-Resistant Organisms - MDRO) berkaitan perkhidmatan kesihatan berdasarkan sasaran kebangsaan:
- Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA): < 0.3%
- Pengeluar Extended Spectrum Beta-Lactamase (ESBL) E. coli: < 0.2%
- Pengeluar ESBL Klebsiella pneumoniae: < 0.3%
- Carbapenem-resistant Enterobacteriaceae (CRE): < 0.1%
- Acinetobacter spp.: < 0.3%
- Vancomycin-resistant Enterococci (VRE): < 0.1%
- Mencapai kadar Jangkitan Tapak Pembedahan (Surgical Site Infection) bagi pembedahan bersih < 2%.
- Melaksanakan audit persekitaran setiap 2 bulan sekali dengan pematuhan > 90%.
-
Memastikan 100% jururawat kawalan infeksi diiktiraf kelayakan (privileged) bagi prosedur-prosedur berikut:
- Melaksanakan audit kawalan infeksi.
- Melaksanakan pemantauan Jangkitan Berkaitan Perkhidmatan Kesihatan (HCAI).
- Melaksanakan audit kebersihan tangan.
- Melaksanakan persampelan udara.
- Mengenal pasti potensi penularan wabak di hospital atau komuniti serta memantau pelaksanaan langkah-langkah kawalan infeksi.
- Memastikan 100% jururawat pautan / personel pautan (link nurses / link personnel) menjalani latihan sekurang-kurangnya tiga (3) hari.
- Memastikan 100% kakitangan baharu diberikan orientasi kawalan infeksi dalam tempoh 3 bulan selepas melapor diri.
- Memastikan 85% kakitangan sedia ada termasuk pengamal perubatan terlatih dalam kawalan infeksi.
