OBSTETRIK & GINEKOLOGI

Pengenalan Unit

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) terdiri daripada empat wad dengan jumlah keseluruhan sebanyak 92 katil.

  1. Wad Bersalin (No. 8) – 12 katil
  2. Wad Sebelum Bersalin (No. 7) – 28 katil
  3. Wad Selepas Bersalin (No. 5) – 28 katil
  4. Wad Gynae (No. 12) – 24 katil

Wad Bersalin, Wad Sebelum Bersalin dan Wad Selepas Bersalin terletak di tingkat bawah (ground floor) bangunan klinikal, manakala Wad Gynae terletak di tingkat 1.

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi merupakan salah satu jabatan penting di Hospital Sibu dalam pengurusan kes-kes obstetrik dan ginekologi.

Jabatan ini berfungsi sebagai pusat rujukan utama bagi Zon Tengah Sarawak serta hospital kluster utama bagi Hospital Daro, Hospital Kanowit dan Hospital Kapit.

Pada masa ini, jabatan menerima rujukan daripada Hospital Daro, Hospital Kanowit serta klinik-klinik sekitar Sibu, Kanowit dan Daro. Walaupun Hospital Kapit kini mempunyai pakar Obstetrik dan Ginekologi, kes-kes berisiko tinggi masih dirujuk ke Hospital Sibu.

Hospital Sibu · Obstetrik & Ginekologi