PATOLOGI

Pengenalan Unit

abatan Patologi Hospital Sibu terletak di bangunan patologi, di bahagian tenggara hospital tersebut di Batu 5 ½ Jalan Ulu Oya, 96000 Sibu, Sarawak. Hospital Sibu adalah hospital kerajaan kedua terbesar di Sarawak, yang memberi perkhidmatan terutamanya kepada penduduk di Sibu. Majoriti pesakit adalah pesakit dalam (wad). Hospital ini juga berkhidmat untuk pesakit yang dirujuk dari klinik-klinik kerajaan dan hospital/klinik swasta. Hospital ini juga merupakan pusat rujukan sekunder bagi enam hospital daerah yang terletak di kawasan tengah Sarawak, iaitu Sarikei, Saratok, Kanowit, Kapit, Daro, dan Betong.

Hospital Sibu · Patologi