FISIOTERAPI
Pengenalan Unit
Perkhidmatan Fisioterapi di Malaysia memberikan khidmat klinikal berdasarkan skop perkhidmatan promotive, preventif, kuratif, prahabilitasi, habilitasi, rehabilitasi dan paliatif untuk membantu perawatan pesakit yang mengalami masalah fizikal, kognitif, sosial dan kualiti hidup. Ahli Fisioterapi berperanan sebagai pemberi khidmat utama perkhidmatan ini. Untuk penjagaan pesakit secara kuratif, prahibilitasi, rehabilitasi dan paliatif, prosedur yang diguna pakai terdiri dari proses menilai serta menganalisa pergerakan, struktur dan fungsi anggota badan, mengenal pasti ketidakupayaan, membuat perancangan, melakukan perawatan dan menilai semula keadaan pesakit. Manakala bagi aspek promotif dan preventif, kaedah pendidikan kesihatan digunakan.
