TABUNG DARAH
Pengenalan Unit
Perkhidmatan transfusi darah (BTS) merupakan salah satu komponen penting dalam sistem penyampaian penjagaan kesihatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jabatan Bank Darah Hospital Sibu terletak di Blok B bangunan hospital. Objektif BTS adalah untuk menyediakan bekalan darah dan produk darah yang selamat, mencukupi dan saksama sebagai sebahagian daripada perkhidmatan penjagaan pesakit yang berkualiti. Transfusi darah yang selamat adalah keutamaan negara. Promosi penggunaan darah yang sewajarnya dan amalan transfusi yang selamat ditekankan untuk memastikan keselamatan pesakit serta penggunaan sumber yang terhad dan berharga ini secara cekap.
