PEMBEDAHAN NEUROLOGI
Pengenalan Unit
Wad Neurosurgery (Lelaki) terletak di Wad No. 14 sejak 11.9.2013. Ia terletak di tingkat 1, Sayap Barat Blok Hospital M dan berkongsi wad dengan Jabatan ENT dan Oftalmologi. Terdapat 18 katil termasuk 2 katil Unit Dependensi Tinggi (HDU) untuk kes-kes Neurosurgeri.
Wad Neurosurgery (Wanita) terletak di Wad Bedah Wanita (No. 10) di tingkat 1, Sayap Barat Blok Hospital J dengan peruntukan sebanyak 8 katil.
Pesakit Neurosurgery (Pediatrik) akan dimasukkan ke Wad Bedah Pediatrik (No. 11) yang terletak di tingkat 1, Sayap Timur Blok Hospital J dengan peruntukan sebanyak 4 katil.
Secara keseluruhan, terdapat 30 katil yang diperuntukkan untuk Jabatan Neurosurgeri Hospital Sibu, iaitu 26 katil dewasa dan 4 katil pediatrik.
Walau bagaimanapun, akibat wabak Covid-19, Wad Bedah Wanita (No. 10) telah ditukar menjadi wad Covid-19. Wad Bedah Wanita kemudiannya digabungkan dengan Wad Bedah Pediatrik dan tidak dapat menerima pesakit neurosurgeri wanita serta pediatrik.
Oleh itu, semua pesakit neurosurgeri, termasuk pesakit dewasa dan pediatrik, dimasukkan ke Wad 14.
