PSIKIATRIK
Pengenalan Unit
Jabatan Psikiatrik menyediakan penjagaan dan rawatan psikiatrik yang berkesan kepada pesakit psikiatrik, serta pemulihan psikososial bagi membolehkan mereka berfungsi secara sosial dan ekonomi dalam komuniti setempat. Jabatan ini juga menyediakan rawatan susulan, psikopendidikan yang berkesan, dan khidmat nasihat (kaunseling) kepada pesakit dan ahli keluarga bagi meningkatkan kefahaman serta kesedaran terhadap penyakit pesakit.
Unit ini turut menawarkan perkhidmatan kesihatan mental komuniti iaitu kejururawatan psikiatrik komuniti, yang membantu mengurangkan kadar keutamaan serangan semula (relaps) dalam kalangan pesakit, menyokong pesakit atau ahli keluarga yang menanggung beban menjaga pesakit, serta mengurangkan stigma.
