Akrab

Apa itu AKRAB ?

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB) ialah organisasi yang ditubuhkan bagi melahirkan rakan pembimbing sekerja untuk membantu melahirkan suasana budaya kerja yang positif di jabatan atau agensi kerajaan di seluruh Malaysia. AKRAB ialah gabungan daripada 5 perkataan utama : A untuk Amanah, K untuk Komitmen, R untuk Rasional, A untuk Akhlak dan B untuk Bestari.

VISI

Menjadikan AKRAB penggerak Budaya Kerja Kelas Pertama dalam organisasi.

 

MISI

  • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi.
  • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan.
  • Berperanan sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah.
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.

 

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan.
 

 

MOTTO

“Berkhidmat Membimbing”.
 

FALSAFAH

Sebagai ahli AKRAB, anda perlu sentiasa menghayati falsafah AKRAB iaitu : “Bantu Diri Untuk Membantu rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.

 

PRINSIP

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
 

PERANAN

  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  • Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik.
  • Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan.
  • Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.

 

 

ETIKA

  • Amanah dan menyimpan rahsia;
  • Menerima dan menghormati orang lain.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri.
  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran dari pada pelbagai aspek.
  • Melaporkan kepada kaunsleor tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain.
  • Merujuk kes / permasalahan yang rumit kepada pegawai psikologi.
  • Memahami peraturan dan etika perkhidmatan awam.