PENGENALAN / LATAR BELAKANG JABATAN
Jabatan Patologi merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan klinikal yang penting yang mempunyai sebanyak 31 orang kakitangan yang terdiri daripada seorang Pegawai Sains (Kimiahayat) Kanan C52, seorang Juruteknologi Makmal Perubatan Kanan U38, seorang Juruteknologi Makmal Perubatan Kanan U36, 3 orang Juruteknologi Makmal Perubatan U32, 4 orang Juruteknologi Makmal Perubatan U32(KUP), 19 orang Juruteknologi Makmal Perubatan U29 serta 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan(PPK).
Terdapat dua buah makmal di bawah Jabatan patologi iaitu Makmal Integrasi di tingkat 1 dan Makmal Jabatan pesakit Luar (OPD Lab.) di tingkat 2 yang dilengkapi dengan peralatan makmal yang canggih seperti Architect c8200i, ACL 9000,Cell Dyne ,Sysmex dan lain-lain lagi bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk perawatan pesakit.
Makmal ini menyediakan perkhidmatan 24 jam bagi ujian rutin biokimia, hematologi, mikrobiologi dan transfusi darah sementara perkhidmatan makmal klinikal hanya pada waktu pejabat sahaja.
FUNGSI / PERKHIDMATAN
Jabatan Patologi berfungsi dalam mengenal pasti penyakit dan membantu doktor membuat diagnosis sebagai asas untuk rawatan peringkat klinikal.
Fungsi-Fungsi:
- Unit Patologi Kimia
Ujian biokimia rutin ,ujian biomarker jantung (Troponin T) , penganalisaan hormone(Free T4 & TSH) dan ujian Serum Protein Elektrophoresis(SPE)
- Unit Hematologi
Ujian FBC,FBP,D-Dimer,Ujian profail koagulasi (INR), ProThombin Time (PT),aPTT dan, Eritrocyte Sedimentation Rate (ESR)
- Unit Transfusi Darah
Ujian Pre-Transfusi darah (GSH), Ujian cross-matching (GXM),membekalkan darah dan komponen darah
- Unit Mikrobiologi
Ujian kultur dan sensitiviti (C& S) untuk sampel darah,urin,sputum,najis ,cecair badan dan lain-lain
- Makmal Klinikal (Makmal pesakit luar)
Pengambilan darah dan spesimen dari pesakit luar. serta ujian INR .
Objektif:
- Menyediakan perkhidmatan makmal diagnostik yang tepat.
- Membekalkan darah dan produk darah yang selamat kepada
- Memastikan semua keputusan ujian darah boleh digunapakai secara
- Memperkenalkan teknik dan ujian baru untuk pendignosaan yang lebih cepat dan tepat.
- Membantu dalam penyelidikkan klinikal yang berkaitan.
- Memberi perkhidmatan teknikal melalui komunukasi yang berkesan kepada
Perkhidmatan yang Disediakan:
A. Unit Biokimia-ujian biokimia rutin & penganalisaan hormon

B.UnitHematologi-Ujian FBC,FBP,D-Dimer,Ujian profail koagulasi


C. Unit Transfusi Darah-Ujian Pre-Transfusi darah (GSH), Ujian cross-matching(X-match),membekalkan darah dan komponen darah

D.UnitMikrobiologi-ujian kultur dan sensitiviti untuk sampel darah,urin,najis ,cecair badan dan lain-lain.


E. Makmal Klinikal (Makmal pesakit luar)-pengambilan darah dan spesimen dari pesakit luar.

F. Kaunter Spesimen :- Penerimaan spesimen dan borang perkhidmatan, merujuk ujian ke makmal rujukan dan membekalkan bekalan stok ke wad.


8. Aktiviti: -Menjalankan ujian kawalan mutu dalaman (Internal QC) dan kualiti luaran(External QC)-RCPA bagi menjamin keputusan ujian diagnostik yang berkualiti.

-Mengaplikasikan sistem Laboratory Information System(LIS) bagi pengaliran data ujian dan rekod keputusan makmal pesakit yang lebih cepat dan sistematik .
