SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM / FAQ

  1. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Jantung Sarawak?
    Pusat Jantung Sarawak menawarkan perkhidmatan kepakaran terutamanya Kardiologi, Pembedahan Kardiotorasik, dan Pediatrik Kardiologi. Kepakaran lain yang ditawarkan termasuk Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Radiologi, Geriatik, dan Pembedahan Urologi.
    Selain itu, perkhidmatan sokongan yang ditawarkan adalah termasuk Kecemasan dan Trauma, Hemodialisis, Pemulihan Cara Kerja, Pemulihan Anggota, Dietetik, dan Radioterapi.

 

  1. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran di Pusat Jantung Sarawak?
    Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan di Pusat Jantung Sarawak.

 

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma?
    Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan (di jalan raya/ di tempat kerja/ domestik), serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

 

  1. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
    Ya. Ibu/ bapa/ penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa yang memerlukan penjaga adalah dibenarkan untuk menunggu pesakit di dalam wad.

 

  1. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit/ waris?
    Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/ waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.

 

  1. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital?
    Bagi semua kes penyakit berjangkit, pemegang kad bantuan kebajikan masyarakat/ MAIK, OKU, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan boleh mendapatkan pemotongan atau pengecualian bil rawatan.

 

  1. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran?
    Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL).

 

  1. Apakah prosedur untuk memohon dialisis di Pusat Jantung Sarawak?
    Permohonan pesakit hemodialisis di hospital kerajaan perlulah melalui Pakar Perunding Nefrologi terlebih dahulu. Anda perlu mendapatkan rujukan untuk penilaian oleh Pakar Perunding Nefrologi di Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan pengesahan kelayakan untuk menjalankan hemodialisis di Pusat Jantung Sarawak.

 

  1. Adakah Pusat Jantung Sarawak menawarkan perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh?
    Ya. Pusat Jantung Sarawak merupakan hospital kerajaan yang menawarkan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP)/ Full Paying Patient Service (FPP) dimana pesakit akan mendapat faedah memilih pakar untuk merawatnya, kemudahan giliran rawatan dan kemudahan wad setara kelas pertama.

 

  1. Apakah prosedur untuk memohon jawatan kosong di Pusat Jantung Sarawak?
    Pusat Jantung Sarawak merupakan hospital kerajaan dimana sebarang permohonan jawatan kosong hendaklah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

  1. Apakah prosedur untuk memohon latihan industri/ latihan sangkutan/ penempatan elektif di Pusat Jantung Sarawak?
    Permohonan perlulah dikemukakan secara bertulis melalui emel ke pjs@moh.gov.my dan boleh berhubung terus dengan Jabatan Pengurusan, Pusat Jantung Sarawak

 

  1. Bagaimanakah prosedur untuk menggunakan auditorium Pusat Jantung Sarawak?
    Permohonan untuk menggunakan auditorium Pusat Jantung Sarawak boleh dilakukan dengan menghubungi terus Jabatan Pengurusan, Pusat Jantung Sarawak.

 

  1. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan PEKAB40?
    Semua maklumat berkaitan boleh dilayari di laman sesawang https://www.pekab40.com.my