PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

Perkhidmatan barisan hadapan PJS Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk memberi perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

1. Keutamaan akan diberikan kepada kes kritikal, separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut:-

  • Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta merta
  • Semua kes separa kritikal (Zon kuning) dirawat dalam masa 30 minit
  • Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan kepada pesakit.

2. Perkhidmatan pesakit luar dan klinik pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil dan orang kurang upaya.

3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan

4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.

5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan