PENYELIDIKAN KLINIKAL KARDIOLOGI

Latar belakang unit / Pengenalan :

Cardiology Research Clinic dan Cardiac Clinic di tubuhkan pada 2002 di Hospital Umum Sarawak. Pada Januari 2011, Cardiology Research Clinic dan Cardiac Clinic telah berpindah di Hospital Jantung Sarawak di Kota samarahan sehingga sekarang.

Objektif :

Penyelidikan tentang keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan atau rawatan atau alat perubatan baru ke atas sekumpulan pesakit. Kajian / ujian klinikal merupakan proses yang amat penting untuk kemajuan penjagaan dan rawatan perubatan.

Sumber manusia :

1 Nursing Sister

1 Staff Nurse

1 Study Co-ordinator (retired nurse)

2 Study assistant (retired nurse)

1 Clerk

Fungsi Utama :

Menjalankan kajian berkaitan Cardiac / Cardiology.

Perkidmatan-perkidmatan :

  1. Membantu doktor dalam melakukan saringan bagi pesakit jantung berpandukan kriteria-kriteria yang di kehendaki oleh protokol kajian.
  2. Mengambil tekanan darah, nadi, berat badan dan ukuran pinggul seperti yang di catatkan di dalam protokol kajian.
  3. Membuat “ECG” Electrocadiogram
  4. Mengambil sample darah seperti di catatkan di dalam protokol.
  5. Membuat dispensing ubat-ubatan kajian kepada pesakit serta memberi tunjuk ajar kepada pesakit cara-cara untuk mengambil ubat yang betul untuk pil-pil, dan cara memberikan suntikan yang betul serta cara-caranya yang pesakit harus patuhi untuk keselamatan pesakit.
  6. Menerima Investigational Product “IP” dengan cara yang betul mengikut seperti di dalam Standart Operating Procedure “SOP” iaitu;
  • Memastikan suhu IP yang datang adalah seperti yang di kehendaki iaitu 2-8̊C, sekiranya melebihi 2-8̊C, Study Coordinator hendaklah melaporkan kepada Clinical Research Associate “CRA”.
  • Memastikan peti sejuk yang di gunakan untuk menyimpan IP berfungsi dengan sempurna dan suhu seperi yang telah di tetapkan mengikut protokol.
  • Mencatit suhu peti sejuk setiap hari di dalam temperature log yang telah di sediakan oleh CRA untuk kajian tersebut.
  • Membuat pengiraan IP setiap kali menerima IP, dispesing IP kepada pesakit.
  1. Memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit mengenai:
  • Tanggungjawab dalam memberikan suntikan
  • Cara pengambilan pemakanan yang betul contohnya;

(Diabetic Diet untuk pesakit Kencing manis)

(Low Salt Diet untuk pesakit Hypertension)

  • Menelefon pesakit untuk mengingatkan mereka untuk dating berjumpa doktor seperti yang di arahkan.
  1. Memenuhi keperluan kepada pesakit seperti;
  • Needles
  • Syringes
  • Alcohol swab
  • Diary untuk merekodkan suntikan dan ubatan yang telah di ambil oleh pesakit
  1. Melakukan pembungkusan sampel darah;
  • Memproses sampel darah
  • Melakukan pembungkusan darah dengan cara-cara yang betul iaitu mengikut protokol.
  • Menyediakan tempat penyimpanan darah yang betul mengikut protocol (Frozen sample -20̊C and -80̊C)
  • Berhubung dengan Courier Service / DHL / TNT untuk penghantaran sampel darah ke Pusat Makmal.
  1. Memasukkan data pesakit ke dalam “EDC” Electronic Data Capture. Study coordinator akan memasukkan data pesakit ke dalam EDC selepas doktor membuat pemeriksaan tahap kesihatan pesakit.
  2. Membuat panggilan telefon kepada pesakit untuk memastikan pesakit di dalam keadaan sihat dan sekaligus bertanyakan kepada mengenai suntikan dan ubatan sama ada di ambil dengan betul dan masa yang telah di tetapkan.

 

Waktu klinik :

Waktu operasi untuk Research Clinic adalah pada hari Selasa dan Khamis. Tetapi sekiranya pesakit mengalami sebarang masalah, mereka di galakkan menghubungi Study Coordinator 24 jam.

Fasiliti :

Semua kemudahan dan peralatan seperti mesin fax, telefon, computer, peti sejuk, mesin pencetak, mesin untuk memproses darah, hak milik Cardiac Society.

Pencapaian :

Industrial Sponsor Trial – 76 Trials

Completed : 68 Trials

Ongoing : 8 Trials

Purata pesakit yang dating untuk research klinik adalah 15-18 pesakit sehari.

Penyelidikan :

Terlibat dalam Industrial Sponsor Trial dan In House Research untuk Cardiology.

Beban Kerja :

Beban kerja boleh rujuk dalam perkidmatan-perkidmatan yang telah di jelaskan seperti di atas. Di samping itu juga, di sertakan lampiran mengenai cara-cara pihak kami melakukan dispensing IP, penyimpanan IP, menerima IP dan melakukan pengiraan IP.