PENGENALAN / LATAR BELAKANG JABATAN
Perkhidmatan fisioterapi telah bermula dengan rasminya di Pusat Jantung Sarawak (PJS), Kota Samarahan pada 1 Januari 2011 di bawah pengurusan Hospital Umum Sarawak. Kemudian, pada tarikh 1 April 2016, Pusat Jantung Sarawak telah diwujudkan sebagai satu entiti yang mempunyai PTJ dan Pengarah Hospital yang tersendiri. Bermula dari tarikh tersebutlah, Unit Fisioterapi telah diuruskan di peringkat PJS.
FUNGSI /PERKHIDMATAN UTAMA
Perkhidmatan fisioterapi di PJS lebih tertumpu kepada perawatan dan pemulihan bagi displin kardiak dan geriatrik. Perkhidmatan ini secara amnya dibahagikan kepada dua kategori iaitu,
a) Pesakit Dalam
b) Pesakit Luar
SKOP PERKHIDMATAN
Skop perkhidmatan fisioterapi di PJS adalah seperti berikut;
- Kardiak
- Program Kardiak mempunyai tiga fasa, CRP I, CRP II dan CRP III.
- Fasa I adalah untuk pesakit di wad-wad Kardiologi dan Kardiothorasik.
- Fasa II & III adalah untuk pesakit yang telah discaj daripada wad dan datang sebagai pesakit luar.
- Geriatrik
- Pesakit Dalam – Rawatan dan pemulihan diberikan di wad Geriatrik.
- Pesakit Luar – Rawatan dan pemulihan diberikan di gimnasium dalam unit Fisioterapi.
- Fall Clinic – Beroperasi setiap hari Jumaat pada waktu pagi.
- Balance Class – Setiap hari Isnin.
- Home Visit – Berdasarkan keperluan dan dilakukan secara berkumpulan. (Multi-Displinary Geriatric Team)
- On Call / Kerja Lebih Masa
- Diwujudkan untuk memberi rawatan pemulihan kepada pesakit dalam yang memerlukan perkhidmatan fisioterapi pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am sahaja.
- General Musculoskeletal Rehab
- Untuk memberi rawatan kepada pesakit luar terutamanya bagi kes-kes kecederaan Musculoskeletal terutamanya yang tinggal sekitar kawasan Kota Samarahan.
- Perkhidmatan diberikan adalah pada waktu pejabat iaitu dari hari Isnin hingga hari Jumaat.