
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Selamat Datang ke laman web Pusat Jantung Sarawak
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya laman web rasmi Pusat Jantung Sarawak (PJS) berjaya dilancarkan. Pembangunan Laman Web PJS ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat institusi ini samada mengenai perkhidmatan yang kami sediakan, isu kesihatan dan perubatan atau aktiviti-aktiviti terkini yang dapat dikongsi bersama dengan seluruh lapisan masyarakat dimana saja mereka berada.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan sekalung penghargaan kepada Unit Teknologi Maklumat (IT) di atas kejayaan mewujudkan laman web hospital ini. Tidak lupa juga kepada semua jabatan dan unit yang memberi kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam menyalurkan maklumat bagi intipati informasi dalam laman web ini
Laman web ini adalah sebagai medium perantaraan komunikasi dalam talian antara orang awam dan pihak hospital secara interaktif dan dinamik. Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai laman ini. Semoga Laman Web rasmi Pusat Jantung Sarawak ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kita semua.
Kami Sedia Membantu
Sekian terima kasih. Selamat Melayari ….
DR. MOHD. ASRI BIN RIFFIN
PENGARAH
Pusat Jantung Sarawak