PENGENALAN
Bahagian Pengurusan, Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Pusat Jantung Sarawak (PJS) adalah salah satu komponen perkhidmatan di bawah Pengurusan Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan dan memainkan peranan dalam pengurusan sumber, penyeliaan klinikal dan memastikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan diberikan kepada pesakit oleh anggota dibawah jagaannya iaitu Penolong Pegawai Perubatan.
Pejabat Bahagian Pengurusan, PPP, PJS terletak di aras satu (1) bersebelahan dengan pejabat pengurusan umum Pusat Jantung Sarawak dan diketuai oleh En. Nasir bin Ali, Ketua Penyelia PPP U42.
Di Pusat Jantung Sarawak, Bahagian Pengurusan, PPP, PJS adalah salah satu jabatan yang tidak asing lagi di kalangan anggota Pusat Jantung Sarawak. Tugas serta peranan setiap anggota PPP jelas menampakkan bahawa anggota PPP sentiasa diperlukan bagi melengkapkan carta tugasan harian.
OBJEKTIF
- Berperanan bagi mengawal Amalan Profesyen Penolong Pegawai Perubatan.
- Memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.
- Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
- Merangka dan melaksanakan Pembangunan Kerjaya PPP menerusi program latihan jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota dibawah jagaan.
- Pengwujudan unit ini adalah untuk memudahkan segala urusan yang berkaitan profesyen Penolong Pegawai Perubatan di Pusat Jantung Sarawak dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan agensi lain yang berkaitan terus dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia itu sendiri
VISI
- Profesyen Penolong Pegawai Perubatan, akan menjadi golongan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta cekap dalam memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan bagi menjadikan Malaysia sebuah Negara yang sihat dengan mengutamakan profesionalisma, kualiti, inovasi dan kerja berpasukan.
- Penolong Pegawai Perubatan akan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap kesihatan individu, keluarga dan masyarakat melalui sistem kesihatan yang saksama, berteknologi sesuai dan serasi pelanggan berfokuskan aspek-aspek promotif, preventif diagnostik, kuratif dan rehabilitatif serta rnenggalakkan kerjasama individu dan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.
MISI
Memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang terkini dan berteknologi tinggi dengan cekap dan efektif berkonsepkan profesionalisma, "client focus" dan "smart partnership" melalui usaha:-
- Menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan berpandukan peranan klinikal, dokumentasi, latihan, penyelidikan dan pengurusan dengan lancar, teratur serta berkesan seiring dengan perkembangan semasa.
- Melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan memberikan penekanan berkonsepkan "wellness focus", "seamless care" dan "client empowerment" kepada setiap individu, keluarga dan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan yang optima, menikmati kehidupan yang berkualiti serta menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai. Menjalankan kualiti sebagai teras kepada perkhidmatan kesihatan yang dilaksanakan melalui program-program kualiti. Melaksanakan penyelidikan untuk perkembangan ilmu bagi tujuan memantapkan aspek perkhidmatan dan profesyen. Meningkatkan dan mengembangkan tahap pengetahuan dan kemahiran serta keterampilan profesyen Penolong Pegawai Perubatan sejajar dengan perkembangan bidang perubatan.
- Meningkatkan perhubungan antara Penolong Pegawai Perubatan dengan Ketua Penolong Pegawai Perubatan dan Pegawai-Pegawai Atasan. Melaksanakan semua arahan, peraturan, garis panduan, polisi dan dasar perkhidmatan dari Pengarah Hospital, Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan berkesan, berkualiti dan professional bersama-sama dengan semua warga Pusat Jantung Sarawak.
- Menetapkan serta menentukan suasana kerja yang ceria dan kondusif ke arah perkhidmatan yang berkualiti untuk memenuhi kepuasan pelanggan dalaman dan luaran.
- Menggalakkan penglibatan anggota dalam aktiviti Perkembangan Kerjaya dan pembangunan Modal Insan sebagai tradisi latihan dan pendidikan berterusan selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.
FUNGSI
Dalam usaha untuk memastikan setiap anggota PPP sentiasa mengikuti perkembangan kerjaya dan menjadi PPP yang berdaya saing, kompeten dan berpengetahuan luas, Bahagian Pengurusan PPP telah melaksanakan fungsi-fungsi berikut ;
- Memastikan setiap anggota PPP mempunyai kursus pos basik dan latihan kemahiran dalam bidang yang berkaitan.
- Mengkoordinasikan penempatan anggota PPP supaya bertepatan dengan kemahiran dan latihan individu.
- Mengesyor dan menggalakkan anggota PPP untuk memohon latihan atau kursus pos basik yang sesuai bagi perkembangan kerjaya