Perkhidmatan Rawatan Harian Kardiologi
Perkhidmatan Pesakit Luar adalah perkhidmatan rawatan yang disediakan secara ambulatori yang tidak memerlukan pesakit bermalam di dalam wad. Ini termasuk penyampaian perkhidmatan di:
Perkhidmatan Rawatan Harian Kardiologi
Latar Belakang Cardiology Daycare
Cardiology Daycare Terletak di tingkat 6 di Wad Block Pusat Jantung Sarawak.
OBJEKTIF PERKHIDMATAN RAWATAN HARIAN
Objektif Perkhidmatan Rawatan Harian adalah:
- Mengurangkan masa menunggu pesakit untuk menjalani pelbagai prosedur perubatan dan pembedahan;
- Mengurangkan beban Perkhidmatan Pesakit Dalam
- Menggalakkan urustadbir klinikal yang lebih efisyen dan lebih kos efektif
- Meningkatkan kepuasan pelanggan serta memudahkan pesakit mendapatkan perkhidmatan di hospital
- Mengurangkan risiko jangkitan nosokomial
Fasiliti
Kemudahan asas bagi Pusat Rawatan Harian termasuk:
- ruang pendaftaran pesakit
- ruang kemasukan pesakit (pre-admission room)
- bilik prosedur
- ruang pemulihan
- bilik kaunseling
- farmasi
- kaunter pembayaran
- Ruang menunggu
POLISI UMUM
Secara umumnya, Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan perkembangan perkhidmatan rawatan harian di hospital. Pihak pengurusan hospital serta ketua-ketua jabatan klinikal hendaklah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memperolehi prasarana, kelengkapan, peralatan dan kemahiran untuk memperkukuhkan perkhidmatan ini di hospital masing-masing
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Rawatan Harian lebih dikenali sebagai Day Care adalah perkhidmatan yang melibatkan prosedur coronary angiogram dan pesakit berkenaan dibenarkan pulang pada hari yang sama dalam tempoh kurang dari 24 jam.
PRINSIP-PRINSIP PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Perkhidmatan yang disediakan perlulah selamat dan memberi keberhasilan kualiti yang tinggi atas perkhidmatan yang disampaikan.
- Senarai prosedur yang boleh dijalankan secara Rawatan Harian akan ditentukan oleh Pegawai perubatan pakar. Berpandukan senarai prosedur tersebut pihak hospital perlu menentukan prosedur yang dapat dijalankan di hospital masing-masing dengan mengambilkira faktor seperti kemudahan, kepakaran, dan kemampuan sedia ada.
- Kriteria pemilihan pesakit, secara amnya, akan ditentukan oleh Pegawai perubatan pakar. Setiap perkhidmatan kepakaran perlu mewujudkan kriteria yang lebih khusus kepada bidang masing-masing. Di antara faktor yang boleh digunakan sebagai asas pertimbangkan dalam pemilihan pesakit yang sesuai untuk menerima perkhidmatan secara Rawatan Harian adalah:
- Risiko pendarahan yang rendah
- Risiko komplikasi salur pernafasan yang rendah
- Jenis rawatan kesakitan selepas prosedur yang kurang intensif
- Keperluan penjagaan pesakit selepas prosedur yang kurang intensif
- Jangkamasa yang pendek untuk pesakit dapat kembali makan dan minum
- Masalah perubatan (co-morbidity) seperti kencing manis, darah tinggi yang terkawal penyakit buah pinggang.
- Selain dari faktor klinikal, pemilihan pesakit perlulah juga mengambilkira faktor sosial seperti:
- Jarak dari rumah ke hospital bagi memudahkan pesakit mendapatkan rawatan lanjut selepas menjalani prosedur sekiranya perlu;
- Kemudahan pengangkutan yang sesuai untuk pesakit pergi dan balik dari hospital. Sesetengah jenis pengangkutan awam seperti bas mungkin tidak sesuai digunakan oleh pesakit selepas prosedur dilakukan
- Mempunyai kemudahan telekomunikasi seperti telefon bimbit
- Kehadiran penjaga yang dapat menjaga pesakit khususnya selepas menjalani prosedur. Penjaga berkenaan haruslah memahami keperluan penjagaan pesakit selepas prosedur dilakukan.
- Penyelenggaraan peralatan dan kemudahan Pusat/Unit Rawatan Harian perlu dijalankan secara berkala dan dipastikan sentiasa berfungsi dengan baik.
- Rangkaian perkhidmatan di antara hospital dan kemudahan kesihatan lain (seperti Klinik Kesihatan) yang berhampiran perlu diwujudkan bagi memastikan kesinambungan rawatan pesakit.
- Pendidikan pesakit dan penjaga harus juga dititikberatkan di dalam penyampaian Perkhidmatan Rawatan Harian kerana keberkesanan dan kualiti perkhidmatan rawatan harian juga dipengaruhi oleh faktor penglibatan pesakit umpamanya penjagaan selepas menjalani prosedur.
Waktu Beroperasi:
Isnin hingga Jumaat : Pukul 7 pagi -3 petang hingga pukul 1 petang-9 malam
Sabtu & Ahad: Tutup
Maklumat Wad:
Mempunyai sebanyak 15 katil.
Treatment Room
Untuk penyediaan pesakit yang menjalani coronary Angiogram.
Contoh: Pengambilan Spesimen darah dan membuat 12 lead ECG.
Sebarang Pertanyaan sila hubungi:-
Ketua Jururawat di talian :-
082-668111 EXT 8632/8633