PENGENALAN
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan merupakan salah satu khidmat Sokongan Klinikal di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan. Ketua Jabatan adalah Pegawai Kerja Sosial Perubatan Gred S44 dibantu oleh seorang (1) Pegawai Kerja Sosial Perubatan Gred S41.
Objektif Jabatan adalah memberi perkhidmatan biopsikososial dan kebajikan spesifik kepada pesakit dan / keluarga mereka agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit atau masalah sosial yang dihadapi mereka.
Jabatan ini menggunakan strategi bekerjasama dengan ahli pasukan rawatan yang lain secara pendekatan kumpulan (Teamwork Approach) supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih komprehensif dan berkesan kepada para pesakit di hospital ini.
FUNGSI
- Untuk memberikan perkhidmatan sosial yang berasaskan kepada prinsip kerahsiaan (confidentiality), prihatin (caring) dan berkesan (effective) bagi membantu pesakit-pesakit agar dapat mengatasi (cope) masalah sosial dan emosi yang dihadapi dan mengganggu proses rawatan mereka.
- Untuk mempastikan agar mereka (pesakit) mendapat rawatan sosial yang maksima bagi memulihkan kefungsian sosial dan kembali kepada keluarga serta kemuniti di mana mereka tinggal.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Jabatan Kerja Sosial Perubatan telah merialisasikan peranannya melalui dua aktiviti teras iaitu bantuan psikososial dan bantuan praktik.
- Bantuan Psikososial – bantuan ini adalah merupakan khidmat nasihat, intervensi sosial dan sebagainya. Umumnya ia lebih menjurus kepada mendekati, memahami dan menerima serta merungkai permasalahan pesakit dari aspek perasaan mahupun emosinya. Pelbagai jenis kes yang dikendalikan iaitu kes cubaan bunuh diri, keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, kes rogol, ibu tanpa nikah dan anak angkat serta krisis perasaan.
- Bantuan Praktik – pengendalian kes-kes ini lebih tertumpu kepada mencari dan mendapatkan bantuan untuk pesakit. Jenis-jenis bantuan ialah kewangan, peralatan palsu, peralatan perubatan, kerusi roda dan sebagainya. Walau bagaimanapun, secara umumnya, pengendalian dua kategori utama aktiviti ini saling berkait rapat antara satu sama lain dari segi natijah pendekatan rawatan sosial yang didambarkan. Aktiviti bantuan kebajikan juga melibatkan pengurusan pesakit bagi rawatan lanjut ke Kuala Lumpur dan dalam Sarawak.
LOKASI
Jabatan Kerja Sosial Perubatan terletak di Tingkat 2, Seksyen Medical Affair bersebelahan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (Infectious Control Unit).
WAKTU OPERASI:
Hari Isnin hingga Khamis dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Hari Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 12.45 tgh disambung jam 2.15 ptg. hingga 5.00 ptg.
Hari Sabtu dan Ahad – Cuti
No. Tel: 082-668022 / 668187