UNIT KAWALAN INFEKSI

Latar belakang

Jangkitan nosokomial atau healthcare-associated infection(HCAI) adalah masalah global yang melibatkan semua fasiliti kesihatan di seluruh dunia. Tidak ada satu pun hospital atau fasiliti kesihatan boleh mengatakan mereka bebas daripada jangkitan nosokomial atau healthcare-associated infection(HCAI)

Jangkitan nosokomial adalah merupakan jangkitan yang berlaku di hospital selepas 48 jam kemasukan pesakit ke hospital dimana  pesakit tiada menunjukkan tanda – tanda infeksi sebelum kemasukannya.

Kawalan Infeksi adalah merupakan satu disiplin yang berkait rapat mengenai pencegahan dan pengawalan jangkitan nosokomial atau HCAI.

Unit Kawalan Infeksi, Pusat Jantung Sarawak (PJS) memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi perkhidmatan, sokongan dan kesedaran serta pengetahuan mengenai langkah- langkah pencegahan dan kepentingan pengawalan jangkitan nosokomial kepada semua anggota kesihatan di Pusat Jantung Sarawak. Ini bagi memastikan pesakit di PJS mendapat rawatan dan penjagaan yang berkualiti dan selamat berpandukan garis panduan kawalan infeksi yang telah ditetapkan.

 

Objektif

Memberi perkhidmatan dan sokongan dalam pencegahan dan kawalan jangkitan di hospital melalui langkah- langkah kawalan infeksi.

Memberi perkhidmatan dan sokongan  dalam kesiapsiagaan hospital bagi menghadapi potensi atau rebakan (outbreak) sebenar penyakit berjangkit.

 

Sumber manusia

Unit Kawalan Infeksi, Pusat Jantung Sarawak dinaungi oleh Dr. Chua Hock Hin, Pakar Penyakit Berjangkit, Hospital Umum Sarawak yang juga merangkap Pakar Penyakit Berjangkit Negeri Sarawak.

Tugas dan aktiviti-aktiviti Kawalan Infeksi di Pusat Jantung Sarawak dilaksanakan oleh:

Jururawat Kawalan Infeksi U32 – 1 orang

Jururawat U 29 – 1 orang.

 

Fungsi utama

Unit Kawalan Infeksi menangani  isu-isu  yang berhubung dengan penyebaran jangkitan nosokomial atau HCAI  (samada jangkitan daripada pesakit kepada pesakit, daripada pesakit kepada staf dan staf kepada pesakit ataupun sesama staf) manerusi  langkah- langkah berikut:

  1. pencegahan (melalui hand hygiene, proses cleaning/disinfection/sterilization, progam vaksinasi staf dan penyeliaan)
  2. Pemantauan/ penyiasatan terhadap kes-kes jangkitan dan cara penyebaran jangkitan
  • Dan pengurusan rebakan jangkitan (outbreak management)bagi menghalang rebakan daripada berlaku

Oleh kerana itu “Infection Prevention & Control” adalah senomin dengan disiplin ini.

 

Perkhidmatan- perkhidmatan

 

  1. Survelan

Survelan adalah merupakan salah satu komponen penting di dalam program kawalan infeksi. Ianya dapat menunjukkan keberkesanan aktiviti-aktiviti kawalan infeksi yang dilaksanakan. Berikut adalah survelan-survelan yang dilaksanakan oleh Unit Kawalan Infeksi, PJS:

  • Alert Organisms Surveillance
  • Hand Hygiene Compliance Rate
  • HCAI Point Prevalence Survey
  • Period Prevalance Survey of Blood Stream Infection
  • Needle Stick Injury Surveillance
  1. Pendidikan dan Latihan

Pendidikan dan latihan turut dikenal pasti sebagai komponen penting di dalam program kawalan infeksi. Dengan itu Unit Kawalan Infeksi melaksanakan aktiviti-aktiviti latihan dan pembelajaran berikut:

  • Menganjurkan Kursus Kawalan Infeksi untuk semua kategori anggota kesihatan yang bertugas di PJS khususnya anggota- anggota klinikal
  • Memberi taklimat kepada anggota- anggota yang baru masuk bertugas di PJS mengenai amalan-amalan kawalan infeksi
  • Memberi bimbingan dan khidmat nasihat berkaitan dengan ‘Isolation Precautions’ serta amalan-amalan kawalan infeksi kepada semua anggota yang bertugas PJS.
  • Membuat teguran-teguran membina secara terus semasa lawatan sekiranya terdapat prosedur yang tidak diikuti atau bercanggah dalam pengawalan  infeksi seperti yang terkandung dalam Polisi dan Prosedur Kawalan Infeksi.
  • Meningkatkan kesedaran,  pengetahuan dan latihan yang berterusan berkaitan kawalan infeksi kepada kakitangan dan perkhidmatan sokongan.
  1. Promosi Kebersihan Tangan (Hand Hygiene)

Kebersihan tangan atau Hand hygiene adalah merupakan langkah mudah untuk mencegah kebanyakkan penyakit berjangkit dan telah tebukti ianya dapat menyurangkan risiko jangkitan nosokomial/ HCAI sebanyak 30% sekirannya diamalkan dengan cara dan teknik yang betul.

  1. Hand Hygiene Audit

Dilakukan secara berterusan dan kompilasi dibuat setiap 3 bulan. Teguran terus akan dibuat sekiranya anggota tidak mempaktiskan 5 Moments of Hand Hygiene.

  1. Mengendali kes-kes Needlestick Injury/ Sharp Injury dan Splashed Injury

Memantau, menyiasat dan menangani kes kecederaan tercucuk jarum dan peralatan tajam serta terkena percikan darah atau cecair badan yang berlaku di PJS.

  1. Pengambilan Environmental Sampling

Pengambil Environmental Sampling khususnya Air Sampling akan dibuat apabila terdapat indikasi pengambilan sampel tersebut.  Indikasi- indikasinya termasuklah:

  • selepas tamatnya proses pembinaan bangunan/ ruangan klinikal sebelum ianya digunakan
  • selepas tamatnya proses kerja-kerja pembaik pulih di dewan bedah, stor sterile CSSU dan ICL
  • semasa penyiasatan jangkitan yang berlaku di hospital.
  1. Infection Control Risk Analysis (ICRA)

Dilakukan setiap kali sebelum kerja-kerja pembinaan atau pengubahsuaian dilakukan di kawasan hospital. Pihak kontraktor akan dimaklumkan tentang langkah- langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan debu dan habuk sepanjang proses kerja pembinaan atau pengubahsuaian bagi mengurangkan risiko pencemaran persekitanran khususnya di kawasan klinikal dan sistem ventilasi/ penghawa dingin di PJS.

  1. Menangani semua isu yang berkaitan dengan kawalan infeksi di mana keselamatan pesakit, anggota yang bertugas dan pelawat menjadi keutamaan.

 

Waktu Beroperasi

Isnin – Khamis 
7.30 a.m – 1.00 p.m
2.00 petang – 5.00 p.m

Jumaat
7.30 a.m – 11.45 am
2.15 p.m– 5.00 p.m

TUTUP PADA HARI SABTU, AHAD & KELEPASAN AM
(Bertugas atas panggilan bila diperlukan)

 

Fasiliti

Unit Kawalan Infeksi
Medical Affairs,
Aras 2, Pusat Jantung Sarawak,
93400 Samarahan,
Sarawak.
Tel: +6082-668111 sambungan 8026 / 8680
Faks: +6082-668026