JABATAN DIETETIK & SAJIAN

PENGENALAN / LATARBELAKANG JABATAN

Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS), Pusat Jantung Sarawak (PJS) terletak di Aras 1 di Blok Medikal. Ia bersebelahan dengan Stor Utama Farmasi dan Pejabat One-Medicare Services Sdn. Bhd.

Jabatan ini mempunyai 10 orang anggota yang diketuai oleh Pegawai Dietetik U48 sebagai Ketua Jabatan. Kategori jawatan lain yang sedia ada ialah Pegawai Dietetik U41, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (PPPM) C29 dan Pembantu Penyediaan Makanan (PePM) N19.

 

FUNGSI / PERKHIDMATAN

Fungsi utama Jabatan Dietetik Dan Sajian, PJS adalah memberi perkhidmatan dietetik klinikal, dietetik komuniti dan kesihatan awam serta menyediakan perkhidmatan makanan yang sihat, berkualiti dan dijamin selamat menepati keperluan pelanggan.

Perkhidmatan Dietetik:

  • Memberi perkhidmatan klinikal, komuniti dan kesihatan awam yang berkualiti.
  • Memberi perkhidmatan kepakaran dietetik klinikal secara professional, sistematik dan penglibatan dalam rawatan multi disiplin.
  • Melaksanakan penyelidikan berkaitan.
  • Menjalin kerjasama erat dengan agensi berkaitan.

 

Perkhidmatan Makanan

  • Memberi perkhidmatan makanan secara professional dan efisien berorientasikan keperluan dan kehendak pelanggan.
  • Menyediakan makanan yang sihat dan berkualiti mengikut prinsip Sistem Jaminan Keselamatan Makanan.
  • Melaksanakan penyelidikan berkaitan.
  • Mengoptimakan penggunaan peruntukan belanja mengurus tanpa mengabaikan keperluan pemakanan pelanggan.