PERKHIDMATAN PESAKIT BAYAR PENUH (PPBP) / FULL PAYING PATIENT SERVICE (FPP)

PPBP merupakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit dimana pesakit akan dikenakan bayaran penuh dengan harga yang kompetitif tanpa subsidi kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan Pegawai Perubatan Pakar di hospital kerajaan.
Pendaftaran PPBP
Pesakit boleh mendapatkan rujukan dari mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta atau boleh juga hadir sendiri untuk mendapatkan rawatan di bawah Skim PPBP dan seterusnya berdaftar sebagai pesakit luar [klinik pakar] atau pesakit dalam [memasuki wad].
Faedah yang diterima pesakit PPBP
- Pesakit boleh memilih Pegawai Perubatan Pakar untuk merawatnya
- Kemudahan giliran untuk mendapat rawatan
- Pesakit Dalam boleh menikmati beberapa kemudahan di wad kelas satu atau yang setaraf
- Semua kemudahan yang akan diberikan adalah tertakluk kepada sumber, bidang kepakaran dan fasiliti yang ada di Pusat Jantung Sarawak
Skop Perkhidmatan
- Perkhidmatan Pesakit Luar/ Klinik Pakar
- Perkhidmatan Pesakit Dalam
Perkhidmatan merangkumi konsultasi, penyiasatan, prosedur dan pembedahan, terapi dan hospitaliti.
Perkhidmatan Kepakaran yang ditawarkan
- Kardiologi
- Pembedahan Kardiotorasik
- Kardiak Anestesiologi & Perfusi
Kelayakan untuk menyertai PPBP
- Orang awam yang berminat kepada PPBP (warganegara/ bukan warganegara)
- Kakitangan kerajaan yang memilih PPBP (tidak menggunakan GL kerajaan)
- Kakitangan sektor korporat/ swasta dimana majikan bersetuju menanggung semua perbelanjaan perubatan
Dokumen Pendaftaran
Untuk mendaftar pesakit perlu membawa dokumen berikut:
- Kad pengenalan/ surat beranak/ visa/ pasport
- Surat Jaminan (GL) syarikat atau insuran yang menyatakan kelayakan untuk mendapatkan khidmat ini (sekiranya berkaitan)
- Deposit
- Surat rujukan/ kad temujanji (sekiranya berkaitan)
Pesakit hendaklah bersetuju untuk membayar semua caj perubatan hospital dan menandatangani Borang Persetujuan Menyertai PPBP.
Pengecualian Bayaran
Tiada pengecualian bayaran dibenarkan di bawah PPBP
Penyempurnaan Rawatan
Semua pesakit dalam yang memilih mendapatkan perkhidmatan FPP sehingga rawatan selesai ataupun terus mendapatkan perkhidmatan FPP sebagai pesakit luar, perlu menjelaskan bayaran sebelum mengambil ubat yang dipreskripsi atau sebelum diberikan temujanji untuk rawatan ulangan.
Resit bayaran hanya akan dikeluarkan kepada pesakit perkhidmatan FPP selepas bayaran untuk semua caj berkaitan dijelaskan.
Pertikaian Bayaran
Sebarang pertikaian mengenai bayaran perlulah dibuat secara bertulis kepada urusetia PPBP selepas menjelaskan bayaran untuk rawatan yang diberikan atau prosedur yang dijalankan sebagai pesakit PPBP, sekiranya penjelasan secara lisan tidak mencukupi.
Penamatan PPBP
Sekiranya pesakit/ waris tidak menjelaskan bayaran tambahan deposit seperti yang diarahkan sebelum 12.00 tengahari pada hari berikutnya, petugas hendaklah menghubungi wad supaya pesakit ditukarkan ke wad kelas mengikut kelayakan ataupun kelas yang dipersetujui oleh pesakit.
Walaubagaimanapun, pesakit mesti terlebih dahulu menjelaskan bil sepenuhnya semasa berada dalam PPBP. Pertukaran wad adalah mengikut peraturan sedia ada di hospital.
Sekiranya pesakit ingin menarik diri dari meneruskan PPBP ini, (Borang Berhenti PPBP) boleh ditandatangani selepas menjelaskan bayaran rawatan yang tertunggak.
Caj Bayaran PPBP
| KLINIK |
KES BARU |
TEMUJANJI SUSULAN |
| Pendaftaran |
RM10.00 |
– |
| Konsultasi |
RM100.00 |
RM60.00 |
| CAJ KEMASUKAN DI WAD |
| Deposit |
Berdasarkan anggaran caj keseluruhan mengikut prosedur – Tunai/ Insurans*/ GL majikan* |
| Caj Bilik |
Bilik 1 katil – RM160/ hari
Bilik 2 katil – RM130/ hari
Bilik 4 katil – RM80/ hari |
| Lawatan Doktor |
P1 Perundingan waktu pejabat (jagaan wad) – RM60
P2 Perundingan waktu pejabat (jagaan intensif) – RM90
P3 Perundingan selepas waktu pejabat (jagaan wad) – RM120
P4 Perundingan selepas waktu pejabat (jagaan intensif) – RM180 |
| Caj Pembedahan |
Bergantung pada jenis penyakit/ pembedahan |
| Caj Anaesthesia |
1/3 daripada bayaran kos pembedahan |
| Caj bilik pembedahan |
RM250/ jam |
| Ujian spesimen |
Bergantung kepada jenis spesimen yang diambil, contoh:
- Ujian darah
- X-ray/ ultrasound
|
| Transfusi darah (jika perlu) |
RM170/ pint (packed cell/ whole blood) |
| Ubatan |
Bergantung kepada jenis ubat yang diguna |
| Barang habis pakai |
Bergantung pada kegunaan |
Pegawai untuk Dihubungi:
Pn Norokiah binti Rajak, Ketua Jururawat
Penyelaras Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh
Pusat Jantung Sarawak
Tarikh kemaskini 23 Oktober 2024