JABATAN ANESTESIOLOGI & RAWATAN RAPI

PENGENALAN / LATAR BELAKANG JABATAN

Unit Anestesiologi dan Rawatan Rapi mula berfungsi dengan kes pertama pembedahan ‘Atrial Septal Defect Closure’ pada  25hb Oktober 2001  di Dewan Bedah Hospital Umum Sarawak.  Perkhidmatan ini kemudiannya dipindahkan ke Dewan Bedah, Aras 3, Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan pada 1hb Januari 2011.

Mulai tahun 2014 perkhidmatan Anestesiologi telah diperluaskan untuk  jabatan lain seperti  pembedahan mata,  urologi dan pergigian. Pada tahun 2016, unit ini dinamakan Jabatan Kardiotorasik Anestesiologi dan Perfusi berikutan Pusat Jantung Sarawak menjadi sebuah pusat tanggungjawab sendiri. Pada tahun 2020, unit ini telah diselaraskan nama ke Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi.

Jabatan ini dianggotai oleh dua orang pakar perunding, dua orang pakar Anestesiologi, lima orang pegawai perubatan, dua belas orang perfusionist, lapan orang jururawat anaesthesia dan tiga orang pembantu perawat kesihatan.

 

OBJEKTIF JABATAN

Objektif utama Jabatan ini adalah memastikan pemberian anestesia dan perfusi kepada pesakit-pesakit berada pada tahap kemahiran yang tinggi dan selamat agar dapat membina kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan ini.

 

FUNGSI / PERKHIDMATAN

Fungsi utama Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi ialah:

  1. Memberikan perkhidmatan anaesthesia kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan elektif atau kecemasan.
  2. Perkhidmatan perfusi kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.
  3. Perkhidmatan pain management kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.
  4. Perkhidmatan rawatan rapi kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.

 

Perkhidmatan yang diberikan adalah seperti berikut:

  1. Perkhidmatan anesthesia dan perfusi di dewan bedah
  2. Perkhidmatan anesthesia di ICL (Invasive Coronary Lab)
  3. Perkhidmatan rawatan rapi untuk pesakit di Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (Cardiothoracic Intensive Care Unit) dan Coronary Care Unit
  4. Memberi perkhidmatan bagi kes-kes rujukan wad yang memerlukan bantuan pernafasan.
  5. Memberi perkhidmatan resusitasi dan pengendalian saluran pernafasan ke Unit Kecemasan.
  6. Perkhidmatan Klinik Anaesthesia
  7. Perkhidmatan Extracorporeal Membrane Oxygenation
  8. Perkhidmatan Respiratory and Hemodynamic Lab