UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

PENGENALAN /LATARBELAKANG JABATAN

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja di Pusat Jantung Sarawak bermula tahun 2011 di mana hanya seorang Jurupulih Perubatan Carakerja  dan sehingga sekarang seramai 3 Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja dan  3 orang Jurupulih Perubatan Carakerja. Secara umum berkenaan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja ia berfungsi melatih semula pesakit yang mempunyai masalah dari segi fizikal, mental dan sosial supaya mereka boleh berdikari dalam semua aspek kehidupan seharian dan kembali dalam masyarakat. Pesakit yang menerima perkhidmatan ini merangkumi kes kardiak dan geriatik. Jumlah pesakit yang mendapat rawatan di unit ini telah bertambah dari masa ke semasa.

Memberikan perkhidmatan pemulihan carakerja yang berkualiti tinggi untuk semua pelanggan supaya hak-hak pelanggan dapat dipenuhi secara optima .Kami berusaha dan berikhtiar untuk membina tenaga kerja yang komited dalam memberikan perkhimatan pemulihan berkualiti kepada semua pelanggan.Menggalakkan, mengembalikan dan mengekalkan kebolehan berfungsi seseorang individu dari sudut ketidakupayaan fizikal, atau psikososial melalui pemilihan aktiviti yang berguna secara saintifiknya dan berperingkat dan dipantau secara berterusan. Berikut adalah kakitangan yang berada di Unit Pemulihan Carakerja Pusat Jantung Sarawak .Merupakan tulang belakang utama bagi memastikan kelancaran perkhidmatan.

 

FUNGSI / PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja di sediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar di pusat jantung sarawak .

  1. Antara perkhidmatan yang disenaraikan adalah :
  • Pemulihan Carakerja bidang kardiak
  • Pemulihan Carakerja bidang geriatrik
  1. Antara modalities rawatan yang diberikan kepada pesakit .
  • Activities of daily living assessment and training
  • Instrumental activities living assessment and training
  • Motor & functional assessment and training
  • Cognitive and perceptual assessment and training
  • Wheelchair assessment and training
  • Work asessment and rehabilitation
  • Compression therapy
  • Patients and carers education
  • Play and leisure
  • Relaxation therapy
  • Splints
  1. Sistem penjagaan pesakit dalam
  2. Sistem penjagaan pesakit luar
  3. Sistem rujukan- memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang dirujuk oleh Pegawai perubtan dan lain-lain profesional daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan .semua rujukan mestilah secara bertulis .
  4. Menggunakan prosedur operasi standard untuk menjalankan perkhidmatan pemulihan carakerja secara berkesan dan efektif.

JADUAL PERKHIDMATAN

Isnin Hingga Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang

Rehat 1.00 petang - 2.00 petang (Isnin - Khamis)

Rehat 11.45 petang - 2.15 petang (Jumaat)

Sabtu dan Ahad Cuti Rehat

 

HUBUNGI :

Nora Bt Hamid

Ketua Unit Pemulihan Carakerja

TEL: 082-668245