PENDAHULUAN
Jabatan Kecemasan Dan Trauma (ETD) Pusat Jantung Sarawak(PJS) berada di tingkat 2 bangunan utama Pusat Jantung Sarawak, mula beroperasi pada 1.1.2011 bersama dengan pembukaan Pusat Jantung Sarawak yang dikenali sebagai Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS) pada masa itu. Jabatan kita tersiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Penolong Pegawai Perubatan, Pemandu Kenderaan Bermotor, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Tabdir. Rutin harian kami termasuk respons kepada panggilan ambulans, merawat pesakit di Zon Hijau, Kuning dan Merah, resusitasi pesakit dan membuat rujukan kes.
OBJEKTIF
Objektif Unit Kecemasan & Trauma, PJS
-Menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pesakit serta mempercepatkan proses pemulihan menerusi rawatan dan proses kejururawatan yang diselia. Menyediakan aktiviti sokongan yang sistematik dan teratur dengan menggalakkan sikap penyayang terhadap pesakit, saudara mara dan pelanggan.
Objektif khusus
-Menyediakan penjagaan pesakit yang mesra pelanggan dalam persekitaran yang penyayang.
-Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan sepanjang masa.
-Mengendalikan kursus orientasi kepada kakitangan unit.
-Mempastikan 95% daripada kakitangan unit menghadiri latihan.
-Mencapai 95% aktiviti yang dirancang dalam pelan tindakan tahunan yang telah ditetapkan.
-Mendokong semua objektif khusus jabatan-jabatan hospital yang telah ditetapkan.
-Memastikan segala perkhidmatan yang diberikan dilaksanakan dengan telus, teratur dan mengikut segala peraturan dan pekeliling-pekeliling semasa yang berkaitan.
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN & TRAUMA, PJS :-
-Pusat Jantung Sarawak adalah hospital pakar jantung yang menyediakan sepenuhnya perkhidmatan kardiotorasik. Unit Kecemasan & Trauma ini menyediakan perkhidmatan kecemasan keutamaan untuk kecemasan jantung.
-Semua kes kecemasan selain dari kecemasan jantung akan dirawat mengikut polisi Hospital Daerah dan akan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak mengikut protokol pemindahan pesakit.
-Semua kes bukan kecemasan dan pesakit yang stabil adalah dinasihatkan supaya mendapat rawatan di klinik pesakit luar yang berdekatan.
SKOP PERKHIDMATAN UNIT KECEMASAN & TRAUMA, PJS :-
- Rawatan kes kecemasan jantung.
- Rawatan kes kemalangan dan kecemasan yang lain.
- Rawatan kes-kes penyakit berjangkit.
- Perkhidmatan Ambulan (Pre-Hospital Care).
- Pengendalian kes-kes yang dirujuk dari Hospital lain, pengamal kesihatan lain, klinik swasta, dan sebagainya.
- Pengendalian kes-kes polis dan medico-legal.
- Pengendalian kes ‘Brought In Dead’ (BID).
- Perkhidmatan dan pengendalian bencana alam dan kemalangan yang berlaku di kawasan operasi.
- Menyediakan pasukan perubatan pada masa tertentu.
WAKTU BEROPERASI, UNIT KECEMASAN & TRAUMA,PJS :-
-Perkhidmatan Unit Kecemasan& Trauma, PJS adalah beroperasi selama 24 jam.
-Semua kategori kakitangan Unit Kecemasan & Trauma akan menjalankan tugas mengikut shif, iaitu 3 shif sehari :-
Shif AM 0700 hrs – 1400 hrs
Shif PM 1400 hrs – 2100 hrs
Shif Malam 2100 hrs – 0700 hrs
UNIT KECEMASAN & TRAUMA, PJS MEMPUNYAI FASILITI-FASILITI SEPERTI BERIKUT :-
- Kaunter triage.
- Kaunter Unit Hasil.
- Zon Hijau (1 Katil).
- Zon Kuning (2 Katil).
- Zon Merah (‘Resuscitation Bay’) (1 Katil).
- ‘Nursing Counter’.
- ‘Treatment cubicle’ (4 Katil).
- ‘Nebulisation Bay’.
- ‘Prosedure Room’ (1 Katil).
- Bilik POP / penjagaan ortopedik.
- Bilik OSCC.
- ‘Consultation Examination Room’ (1 katil).
- ‘Distress Relative Room’.
- ‘Equipment store Room’.
- Bilik pejabat untuk Pegawai Perubatan Menguasa Unit.
- ‘Failing Room’.
- Pantry berserta bilik mandi dan tandas untuk anggota (lelaki & perempuan).
- Ruang menunggu pesakit berserta tandas awam (lelaki, perempuan & OKU)
- ‘Ambulance Bay ‘– (Ambulan 3 buah & van Hati Ke Hati 1 buah).
- Tempat letak kenderaan untuk staf dan orang awam.