PENGENALAN / LATAR BELAKANG JABATAN
Pediatrik Kardiologi telah dimulakan pada tahun 2005 di Hospital Umum Sarawak. Pada 1 Januari 2011, unit tersebut telah berpindah ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan. Kemudian hospital dinamakan semula sebagai Pusat Jantung Sarawak pada 2016.
Objektif
Menyediakan perkhidmatan komprehensif termasuk diagnostik, surgikal dan rawatan intervensi serta rawatan susulan untuk pesakit Sarawak yang mengalami penyakit jantung kongenital.
Aktiviti
- Paediatric Cardiac Clinic: setiap Selasa dan Khamis petang.
- Adult Congenital Cardiac Clinic: Setiap minggu ke-2 Isnin pagi setiap bulan.
- Non-invasive cardiac tests: ECG, transthoracic echocardiogram, transoesophageal echocardiogram, 24h Holter, ambulatory BP.
- Cardiac CT untuk pesakit jantung kongenital.
- Invasive cardiac catheterization dan intervensi: setiap hari Rabu.
- Penilaian pre-operatif dan rujukan pembedahan jantung ke IJN .
- Jagaan pos-operatif untuk kes pembedahan di Pusat Jantung.
- ‘Visiting consultation’ & perkhidmatan echocardiography untuk pesakit dalam di Hospital Umum Sarawak: setiap pagi Isnin dan Jumaat.
- ‘Visiting clinics’ untuk hospital tertentu.
- 2 bulan sekali di Hospital Sibu dan Miri.
- 4 bulan sekali di Hospital Bintulu.
- 6 bulan sekali di Hospital Kapit.