JABATAN PENGURUSAN

Jabatan ini bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sokongan untuk merancang, membekal, membangun dan mempertingkatkan perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran personel, kewangan, latihan, kontrak dan bekalan, pembangunan, pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT), kualiti, kaunseling dan tatatertib bagi memastikan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia dapat dicapai.

Jabatan ini juga bertanggungjawab memastikan struktur organisasi Pusat Jantung Sarawak mempunyai keanggotaan yang optimum, produktif serta berkualiti. Malahan, turut bertanggungjawab dalam memastikan sumber tenaga terlatih menerusi latihan, serta mempunyai peruntukkan kewangan mengurus dan membangun yang mencukupi serta memastikan perkhidmatan bantuan sokongan dalam pelaksaan dasar-dasar, aktiviti-aktiviti perubatan dan pengurusan yang berkesan dan cekap sejajar dengan matlamat Kementerian.

Jabatan Pengurusan Pusat Jantung Sarawak diketuai oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang dinaungi oleh Pengarah Pusat Jantung Sarawak dan bahagian ini dibahagikan kepada 7 unit utama seperti berikut:

 

  • Unit Kewangan dan Akaun

Unit Kewangan dan Akaun bertanggungjawab memastikan program pengurusan kewangan berjalan dengan lancar dan berkesan sejajar dengan matlamat jabatan menerusi kecekapan kawalan pengagihan kewangan yang telus.

    • Unit Akaun
    • Unit Hasil

Unit Hasil merupakan satu unit sokongan dengan perkhidmatan utamanya adalah mengutip bayaran setelah bil disediakan dan rawatan telah diterima oleh pesakit. Setiap caj perubatan adalah  mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi pesakit yang mendaftar sebagai pesakit dalam dan mengikut peraturan serta melaksanakan perintah Am, Perintah Fee (Perubatan) 1951, Pekeliling Kemajuan Awam, dan Arahan Perbendaharaan dalam setiap tugasan.

  • Unit Pentadbiran Am dan Perkhidmatan

Berfungsi untuk mengurus dan memastikan semua aspek perkhidmatan kakitangan terurus serta lancar bermula dari lantikan baru sehingga Persaraan Wajib. Malahan turut memastikan semua perjawatan mempunyai butiran maklumat yang terkini. Unit ini juga turut menyelaras permohonan perjawatan baru,pindah butiran perjawatan dan pemansuhan jawatan. Unit ini juga bertanggungjawab dalam memantau kes-kes Tatatertib kakitangan dan urusan kemasukan data Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan HRMIS bagi setiap kakitangan.

    • Unit Pengurusan Aset & Stor
    • Unit Perolehan & Pembangunan
    • Unit Pentadbiran Am
    • Unit Keselamatan

Unit Keselamatan menguruskan segala hal ehwal keselamatan Hospital dari segi prosidur dan pelaksanaan keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi di jabatan. Malahan unit ini membantu memastikan syarikat Kawalan Keselamatan Swasta melaksanakan tugas-tugas dan prosidur yang telah dipersetujui serta memantau sebarang perlanggaran kontrak, dan menentukan lokasi/post keselamatan yang perlu diawasi.Unit ini juga menyelaras sebarang urusan-urusan berkaitan keselamatan dengan pegawai keselamatan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Ketua Pengarah  Keselamatan Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain berkaitan.

  • Unit Kejuruteraan

PENGENALAN / LATAR BELAKANG JABATAN

Unit Kejuruteraan Pusat Jantung Sarawak mula beroperasi pada 1 Januari 2011. Unit ini terletak di Tingkat 1, Pengurusan Am, PJS. Bermula 21 Mac 2017 Unit ini diketuai oleh En Alexson Anak Kadir, Jurutera Mekanikal dan dianggotai Penolong Jurutera Awam JA29 iaitu Pn Rinit Augustine Liom.

 

FUNGSI / PERKHIDMATAN

  1. Memantau Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) yang dilaksanakan oleh One Medicare Sdn Bhd iaitu merangkumi perkhidmatan Facility Management Services, Facility Engineering Maintenance Service, Biomedical Engineering Maintenance Services, Linen and Laundry Services, Cleansing Services, dan Healthcare Waste Management Services.
  2. Memantau perlaksanaan Sustainability Program (SP) iaitu merangkumi 3R (Recycle, Reuse, Reduce), EM (Energy Management) , dan IAQ (Indoor Air Quality).
  3. Memantau projek pembangunan sama ada perolehan dari JKNS mahupun KKM Putrajaya seterusnya terlibat dengan pengurusan pendaftaran aset dari projek-projek tersebut
  4. Membantu dalam proses penyedian Sijil Perakuan Perlupusan (PEP) untuk alat-alat dan system kejuruteraan
  5. Menjalankan khidmat nasihat teknikal
  6. Menghadiri mesyuarat anjuran beberapa jawatankuasa kecil hospital dan jabatan-jabatan serta menyelesaikan isu-isu dibangkitkan

 

  • Unit Sumber Manusia

Seksyen Sumber Manusia adalah salah satu bahagian di bawah Pentadbiran dan Pengurusan Pusat Jantung Sarawak, yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal berkaitan dengan perkhidmatan dan pembangunan kakitangan. Bahagian ini terdiri dari  Unit Perkhidmatan, Unit Latihan dan Tatatertib, HRMIS dan Unit Perjawatan.  Unit ini berada di bawah tanggungjawab seorang (1)  Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48, seorang (1)  Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 dan tiga (3) orang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (TBK1) dan N19..

 

FUNGSI / PERKHIDMATAN

  1. Merancang dan melaksanakan urusan perkhidmatan kakitangan
  2. Merancang dan melaksanakan urusan latihan bagi kakitangan baru
  3. Mengurusetiakan Lembaga Tatatertib Kump. Sokongan 2
  4. Mengurusetiakan Majlis Bersama Jabatan

 

  • Unit Komunikasi & Korporat

Unit Komunikasi Korporat berperanan mengurus jemputan ke majlis-majlis rasmi kerajaan, memberi Khidmat nasihat protokol, mengurus Aduan Awam, menyelaras majlis-majlis rasmi yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan, mengurus dan menyelanggara kenderaan tetamu VIP ke Hospital dan menyebarkan maklumat dan aktiviti Jabatan

    • Unit Khidmat Pelanggan

Sejajar dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 1991: Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan dan Melalui Telefon, dan PKPA Bilangan 10 Tahun 1991: Panduan Mengenai Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kaunter, maka unit khidmat Pelanggan dan Telekomunikasi merupakan unit sokongan dan barisan hadapan yang sangat diperlukan. Unit ini menguruskan panggilan telefon menerusi operator hospital dan melayani pelanggan yang datang berurusan di kaunter lobi utama pengurusan hospital. Unit ini juga  bertanggungjawab mengumpul dan mengurus maklumat berkaitan dengan kehendak dan harapan pelanggan serta memantau tahap kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh hospital.

  • Unit Pembangunan Insan
  • Unit Teknologi Maklumat

Unit IT PJS adalah berfungsi untuk memberikan sokongan kepada perkhidmatan ICT di Pusat Jantung Sarawak.

Pada asalnya unit ini ditubuhkan dibawah Seksyen ICT Hospital Umum Sarawak pada tahun 2011. Setelah Pusat Jantung Sarawak berdiri sendiri sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab berasingan, unit ini diletakkan di bawah Jabatan Pengurusan Pusat Jantung Sarawak.

Fasiliti ICT yang ada:-

  1. Pejabat Unit IT
  2. Bilik Server ICT
  3. Makmal Komputer ICT
  4. Bilik Mesyuarat ICT

Waktu beroperasi : Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

 

Objektif Unit Teknologi Maklumat :

  1. Membantu pengurusan PJS merancang strategi ICT secara jangka panjang dan jangka pendek
  2. Menyokong perkhidmatan utama PJS dengan menyediakan perkhidmatan ICT yang berkesan dan berkualiti

 

FUNGSI / PERKHIDMATAN UTAMA

  • Pengurusan ICT Pusat Jantung Sarawak
  • Pengurusan rangkaian komputer Pusat Jantung Sarawak
  • Pengurusan sistem aplikasi dan emel rasmi
  • Pengurusan Aset ICT
  • Penyelenggaraan peralatan ICT dan bantuan teknikal ICT
  • Keselamatan ICT