BIL DAN BAYARAN

 Anda berhak dimaklumkan berkenaan anggaran Caj Pusat Jantung Sarawak semasa mendaftar masuk.

  • Anda juga perlulah mengemukakan Surat Jaminan Majikan untuk urusan pendaftaran. Pembayaran deposit akan dikenakan sekiranya tiada Surat Jaminan Majikan disertakan.
  • Anda akan dibekalkan dengan Bil Rawatan Penuh. Butiran lengkap bil (Itemized Bill) akan disediakan atas permintaan. Sila dapatkan bil anda daripada anggota Pusat Jantung yang berkenaan.
  • Pembayaran penuh boleh dibuat setelah bil dikeluarkan, samaada secara tunai, Kad Kredit / Debit, Wang Pos ataupun Draf Bank. Cek Persendirian tidak akan diterima. Sila simpan resit anda untuk tujuan rujukan.

Sila klik untuk memaparkan maklumat kadar bayaran deposit dan bayaran wad.

KADAR BARU BAGI BAYARAN DEPOSIT KEMASUKAN KE HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BAGI PESAKIT WARGA ASING