SYARAT DAN GARIS PANDUAN PENGGAMBARAN FILEM/VIDEO, DOKUMENTARI, MEDIK TV DAN RAKAMAN RADIO (TEMUBUAL) OLEH PIHAK LUAR (PRODUKSI MEDIA KERAJAAN DAN SWASTA) DI PUSAT JANTUNG SARAWAK
OBJEKTIF
Tujuan syarat dan garis panduan ini adalah untuk memastikan kelancaran proses permohonan penggambaran filem/video, dokumentari, Medik TV dan rakaman radio (temubual) di Pusat Jantung Sarawak (PJS) oleh syarikat-syarikat luar (Produksi Kerajaan atau Swasta). Ia juga dijadikan sumber rujukan kepada syarikat-syarikat luar (Produksi Kerajaan atau Swasta) untuk mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan semasa menjalankan penggambaran di PJS. Syarat dan garis panduan ini adalah merujuk kepada Surat Edaran yang dikeluarkan pada 23 Jun 2016 Ruj. KKM.600-1/3/76 (1) oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
PENGGAMBARAN FILEM/VIDEO/DOKUMENTARI, MEDIK TV DAN RAKAMAN RADIO
- Kelulusan adalah daripada Pengarah Pusat Jantung Sarawak sahaja.
- Permohonan mestilah sekurang-kurangnya 1 bulan (30 hari) sebelum tarikh penggambaran. Kelulusan adalah dalam tempoh 14 hari selepas surat permohonan diterima. Permohonan secara lisan tidak boleh digunapakai.
- Permohonan mestilah lengkap sebelum proses penggambaran yang ingin dijalankan. Permohonan mestilah meliputi maklumat berikut :
- Tarikh
- Masa
- Lokasi penggambaran
- Syarikat produksi dan pegawai yang bertanggungjawab (Nama dan nombor telefon untuk dihubungi)
- Sinopsis/skrip penggambaran dan soalan temubual (rakaman radio)
(Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses)
- Credit title hendaklah diberi kepada pihak hospital ini dan KKM. Pihak produksi bertanggungjawab menjaga imej positif pihak hospital dan KKM agar tidak menimbulkan sebarang kontroversi berkaitan penggambaran, adegan, lakonan dan unsur-unsur negatif.
- Peminjaman dan penggunaan kemudahan dan kelengkapan hospital adalah bergantung kepada kelulusan Pengarah Hospital. Peralatan-peralatan klinikal atau barangan disposable adalah tanggungjawab pihak produksi.
- Pihak hospital berhak meminda tarikh, masa dan lokasi penggambaran jika perlu. Kelulusan penggambaran akan terbatal serta merta sekiranya pihak produksi didapati melanggar mana-mana syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
- Sekiranya pihak produksi bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PJS maka Borang Persetujuan (Lampiran A) dan Butiran Lengkap Permohonan (Lampiran B) perlu diisi dan dikembalikan semula kepada Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan, Pusat Jantung Sarawak. Surat kelulusan penggambaran akan dikeluarkan secara rasmi selepas surat permohonan lengkap diterima.
- Maklumat lanjut sila hubungi
Unit Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan
Bahagian Pengurusan Pusat Jantung Sarawak
Kota Samarahan Expressway
94300 Kota Samarahan
Tel: 082-688003 Ext : 6003
Email : suzima@moh.gov.my