OBJEKTIF
Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan tatacara pengurusan penggunaan hebahan dan pengumuman menerusi interkom dapat diselaraskan dengan sempurna dan secara professional melalui tatacara yang betul, telus dan cepat. Ia juga sebagai kemudahan kepada jabatan dan unit yang akan menggunakan interkom sebagai saluran hebahan dan pengumuman aktiviti di jabatan dan unit masing-masing.
PROSES KERJA
Pengisian Borang Permohonan
i. Borang permohonan hebahan dan pengumuman boleh diperolehi di INTRANET Pusat Jantung Sarawak.
ii. Pemohon hendaklah mematahuhi syarat-syarat yang telah dilampirkan bersama Borang Permohonan
iii. Pemohon hendaklah mengisi butiran hebahan secara RINGKAS yang ingin diumumkan atau dihebahkan.
Mendapatkan Kelulusan
i. Borang Permohonan yang diisi hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan atau Unit masing-masing
ii. Borang Permohonan harus dikemukakan kepada Pengarah hospital ATAU Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan untuk kelulusan
Hebahan dan Pengumuman
i. Borang Permohonan yang telah mendapat kelulusan Pengarah hospital ATAU Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan akan dihebahkan oleh pemohon sendiri atau Pegawai Khidmat Pelanggan seperti yang dinyatakan dalam borang.
Memasukkan Borang dalam fail
i. Hebahan dan Pengumuman akan direkod dan borang permohonan akan disimpan dalam fail untuk tujuan dokumentasi.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN HEBAHAN DAN PENGUMUMAN MENERUSI INTERKOM
1. Pemohon hendaklah mengisi borang 2 hari sebelum hebahan dan pengumuman ingin dilakukan
2. Pemohonan hendaklah melalui ketua jabatan/unit masing-masing
3. Penggunaan hanyalah untuk hebahan dan pengumuman berkaitan dengan aktiviti/program/acara rasmi sahaja. Program yang berulang atau yang diadakan secara mingguan atau bulanan seperti Holy Communion Service, Jualan Bazaar dan sebagainya hendaklah dimuatnaikkan dalam laman web rasmi PJS dan INTRANET atau papan kenyataan jabatan dan unit sahaja.
4. Penggunaan interkom hendaklah secara berhemah dan sebaik mungkin
5. Segala syarat-syarat perlu dipatuhi oleh pemohon dan sebarang pindaan dan perbincangan tertakluk kepada pihak Pengarah hospital dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan