ANJUNG SAYANG
Anjung Sayang disediakan untuk keluarga pesakit dari outstation atau luar daerah Kuching. Permohonan adalah melalui Wad dan memerlukan pengesahan dari Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Tiada caj bayaran dikenakan kepada keluarga pesakit.
KAFETERIA
Kafeteria disediakan untuk kemudahan para pesakit, orang awam dan kakitangan PJS. Kafeteria ini dibuka seperti maklumat dibawah:-
Isnin hingga Sabtu 6.00 pagi hingga 8.00 malam
Ahad 6.00 pagi hingga 5.00 petang
KEDAI CENDERAHATI YAYASAN JANTUNG
Kedai ini menyediakan barangan keperluan harian dan cenderahati untuk para pesakit, orang awam dan kakitangan PJS. Ia turut memberi perkhidmatan untuk menyukat tinggi dan berat secara percuma kepada sesiapa yang berminat. Waktu operasi adalah seperti berikut:-.
Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Sabtu 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Ahad dan Cuti Umum Tutup
SURAU
Surau disediakan untuk kemudahan para pesakit, orang awam dan kakitangan PJS. Berada di Aras 2 berdekatan Unit Kualiti, manakala sebuah lagi di Aras 3 berdekatan dewan bedah.