WAD KARDIOTORASIK & PEDIATRIK KARDIOLOGI

Perkhidmatan Kardiotorasik  bermula pada tahun 2001 di Hospital Umum Sarawak  dan tahun ini merupakan  tahun ke 15 dalam perkhidmatan. Ia terletak di aras 4 Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan. Secara Rasmi  beroperasi  di pusat baru ini adalah pada 1 Januari 2011. Hospital telah  rasmikan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 16 Januari 2011 dan dikenali sebagai General Hospital Pusat Jantung Sarawak (Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak). Pada 1 Januari 2016, selepas diluluskan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ), nama telah ditukar kepada Sarawak Heart Centre (Pusat Jantung Sarawak).

Secara rasmi, Aras 4 mempunyai  34 katil yang mana 30 katil untuk pesakit Kardiotorasik , manakala 4 katil lagi diperuntukkan untuk pesakit Pediatrik Kardiologi iaitu dalam satu kubikel ada 4-katil. Selain dari Pediatrik Kardiologi, unit ini juga menerima multi disiplin untuk pesakit pediatrik. Seperti Pesakit Opthalmic Pediatrik juga ditempatkan di dalam unit ini selama 3 hari berturut-turut; Isnin, Selasa & Rabu setiap sebulan sekali. Pesakit pergigian Pediatrik juga dimasukkan ke unit ini  untuk rawatan pergigian pada hari yang sama dengan kes kardiologi pediatrik. Sejak September 2016, Khamis hingga Sabtu kami telah menerima pesakit perubatan pediatrik dari SGH untuk MRI .

Pada masa ini Kardiotorasik dan Pediatrik Kardiologi wad Aras 4, diuruskan oleh  seorang Ketua Jururawat iaitu NS Norokiah Binti Rajak.  Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan dikongsi untuk menampung beban kerja dan untuk memastikan kelancaran perkhidmatan kedua-dua unit ini.

Objektif Kardiotorasik

  1. Menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada pelanggan dengan sikap penyayang dan menghormati keperluan individu.
  2. Untuk meningkatkankan lagi kemahiran dalam penjagaan pesakit yang sangat baik, pengetahuan klinikal dan bersikap positif
  3. Untuk memberi sokongan penuh dalam pembangunan profesional dan mencapai hasil yang positif untuk semua kakitangan Kardiotorasik
  4. Untuk mengekalkan komunikasi yang baik, kerja berpasukan dan kerjasama di kalangan ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan di hospital.
  5. Menggalakkan penyelenggaraan kesihatan, penjagaan pencegahan dan kesihatan
  6. Untuk mengekalkan kerahsiaan dan maruah semua pelanggan
  7. Melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam penyelidikan saintifik penyakit kardiovaskular apabila diperlukan.

B: UNIT KARDIOLOGI  PEDIATRIK

Pediatrik Kardiologi Unit di Hospital Umum Sarawak bermula pada tahun 2005 dan tahun ini merupakan tahun ke-11 dalam perkhidmatan. Pada 1 Januari 2011, unit ini telah dipindahkan ke hospital baru di Kota Samarahan,iatu Pusat Jantung Sarawak bersama-sama dengan semua perkhidmatan kardiak yang lain .

Objektif

Menyediakan perkhidmatan yang komprehensif termasuk diagnostik, pembedahan, dan rawatan intervensi dan susulan penjagaan pesakit  yang mengalami penyakit jantung kongenital.

 

FUNGSI WAD

KARDIOTORASIK

-  Pesakit yang dimasukkan ke unit adalah pesakit yang akan menjalani pembedahan. Pesakit termasuk lah pediatrik atau dewasa yang mengidapi penyakit jantung atau paru-paru.

- Kemasukan pesakit ada secara Elektif / kecemasan

Kardiologi Pediatrik

- Terdiri daripada pesakit yang akan menjalan siasatan (termasuk dewasa mengidap penyakit kongenital kardiak) untuk PDA Closer, ASD closer,  VSD closer, Cardiac Catheterization, Valvuloplasty, Angioplasti

- Kemasukan elektif dan kecemasan

- Kes Elektif, pesakit akan dimasukkan pada hari Selasa untuk penyediaan, diteruskan dengan prosedur pada Rabu dan akan discaj pada hari Khamis dengan ubat-ubatan dan tarikh temujanji susulan ( Jika tiada komplikasi.)

Oftalmologi Pediatrik

- Kes Elektif (sebulan sekali) setiap bulan pada minggu ke-2 atau ke-3

- Pesakit Diterima untuk 3 hari (kemasukan pada hari Isnin, meneruskan prosedur pada Selasa dan discaj pada Rabu jika tiada komplikasi. Pesakit yang memerlukan pemantauan yang lebih, akan dipindahkan semula ke SGH.

Pediatrik Pergigian

- Kemasukan adalah Elektif

- Diterima Masuk untuk persediaan pada hari Selasa, prosedur dilakukan pada Rabu dan akan discaj dengan ubat-ubatan pada hari berikutnya(Khamis) jika tidak ada komplikasi.

Pediatrik perubatan

- Kemasukan elektif untuk MRI Brain

- Diterima pada Khamis untuk penyediaan, teruskan dengan prosedur pada hari Jumaat dan akan discaj pada hari Sabtu dengan ubat-ubatan jika tiada komplikasi.

Pesakit Yang menerima perkhidmatan secara harian

Bagi pesakit yang mempunyai luka yang bermasalah  dan perlu dipantau kemajuan lukanya. Biasanya kes dipilih  oleh pakar bedah dan pesakit bersedia. Temujanji dibuat bagi seorang pesakit ialah setiap 2 hingga 3 hari  bergantung kepada keadaan luka dan jenis produk rawatan luka yang digunakan.

Mengambil darah untuk pesakit yang dirancang untuk menjalani pembedahan dan pesakit selepas menjalani pembedahan tetapi belum mencapai tahap memuaskan seperti pemantauan INR dan penyiasatan darah yang lain pada hujung minggu atau cuti umum.