PENGENALAN
Jabatan Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang dipertanggungjawabkan dalam Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit secara manual dan elektronik (HIS). Berkerjasama dengan Unit Teknologi Maklumat bagi memastikan fungsi dan ciri-ciri keselamatan rekod perubatan pesakit beroperasi selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jabatan Rekod Perubatan Hospital Bintulu terletak di Lobi Utama, Tingkat 1 bersebelahan dengan Unit Hasil. Ia diketuai oleh Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N9 serta 6 orang anggota yang lain untuk membantu dalam memberi perkhidmatan.
PENGURUSAN REKOD PERUBATAN PESAKIT
Unit Rekod Perubatan turut bertanggungjawab ke atas penyimpanan rekod perubatan pesakit fizikal. Rekod perubatan pesakit fizikal adalah sebahagian daripada rekod perubatan pesakit di dalam HIS yang perlu disimpan untuk rujukan oleh pegawai perubatan bagi tujuan rawatan lanjutan, laporan perubatan,penyelidikan dan kes mahkamah. Tempoh simpanan rekod perubatan pesakit adalah mengikut jadual pelupusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
JENIS LAPORAN PERUBATAN
- Laporan Perubatan Biasa
- Laporan Perubatan Ringkas Pakar
- Laporan Perubatan Terperinci Pakar
- Laporan Bedah Siasat (Post Mortem)
- Borang Insurans/PERKESO/KWSP
- Borang Buruh 90 (Perakuan Ordinan Pampasan Pekerja, 1952)
- Permohonan Laporan dari Majikan/Polis
Maklumat lanjut berkenaan prosedur permohonan, sila rujuk di sini.
Borang Permohonan Laporan Perubatan/ Laporan Bedah Siasat, sila rujuk di sini.
WAKTU OPERASI
Kaunter Unit Rekod Perubatan dibuka seperti berikut:
| Hari | Pagi | Rehat | Petang |
| Isnin - Khamis | 08.00 pagi - 12.30 tengah hari | 12.30 tengah hari - 02.00 petang | 02.00 - 04.00 petang |
| Jumaat | 08.00 - 11.30 pagi | 11.30 pagi - 02.15 petang | 02.15 - 04.00 petang |
| Kaunter ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum melainkan bagi kes kecemasan yang memerlukan rekod perubatan dengan segera. |
BAYARAN
Bayaran Laporan Perubatan (tertakluk bawah Akta Fi Perintah Fi ( Perubatan) Kos Perkhidmatan) 2014 dan pindaan perintah Fi (Perubatan) 2003 P.U (A) 359
| Jenis Laporan | Warganegara | Bukan Warganegara |
| RM | RM | |
| Laporan Perubatan Biasa | 40.00 | 120.00 |
| Laporan Perubatan Ringkas Pakar | 80.00 | 240.00 |
| Laporan Perubatan Terperinci Pakar* | 200.00 - 1,000.00 | 400.00- 2,000.00 |
*Bergantung kepada kerumitan menyediakan Laporan Perubatan Pakar Terperinci tersebut.
Permohonan lanjutan/tambahan bagi Laporan Perubatan yang telah disediakan oleh Pegawai Perubatan/Pakar, bayarannya adalah mengikut jumlah permohonan yang dipohon atau berdasarkan kerumitan/kepakaran menyediakan laporan tersebut.
SALINAN LAPORAN PERUBATAN
Permohonan salinan Laporan Perubatan bagi tujuan yang sama dikenakan bayaran 50% daripada caj bayaran asal.
SOALAN LAZIM (FAQ)
1) Berapakah bayaran untuk permohonan Insurans/PERKESO/KWSP?
Bayarannya ialah sebanyak RM40(Warganegara) untuk Permohonan Laporan Perubatan Biasa dan sila rujuk pada jadual bayaran.
2) Saya ingin membuat tuntutan Insurans/PERKESO/KWSP?
Sediakan Borang Insurans/PERKESO/KWSP anda. Pihak kami tidak menyediakan sebarang borang tuntutan.
3) Bolehkah saya mendapatkan salinan untuk Rekod Perubatan?
Tidak boleh. Rekod Perubatan adalah SULIT. Anda hanya dibenarkan memohon Laporan Perubatan sebagai ringkasan dari Rekod Perubatan anda.
4) Saya telah menerima rawatan di 3 Jabatan Klinikal yang berbeza. Kenapa hanya 1 jabatan sahaja yang menyediakan laporan Perubatan?
Anda perlu membuat 3 permohonan untuk mendapatkan Laporan Perubatan dari 3 Jabatan Klinkal tersebut. Satu permohonan hanya untuk satu Jabatan dan setiap permohonan dikenakan bayaran.
5) Bolehkah saya memohon/mengambil Laporan Perubatan bagi pihak kawan saya?
Boleh dengan syarat ada Surat Keizinan dari kawan anda yang jelas menyatakan nama anda sebagai wakil bagi pihak beliau.