Psikiatri Dan Kesihatan Mental

PENGENALAN

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental merupakan salah satu jabatan klinikal utama di Hospital Bintulu. Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan diagnostik, rawatan, dan rehabilitasi yang komprehensif kepada individu yang menghadapi isu kesihatan mental, emosi, dan tingkah laku.

Perkhidmatan kami merangkumi penjagaan pesakit luar dan pesakit dalam, dikendalikan oleh pasukan pakar psikiatri, pegawai perubatan, dan anggota kesihatan bersekutu yang bertauliah. Matlamat kami adalah untuk mempromosikan kesejahteraan mental dan menyokong pemulihan pesakit dalam persekitaran yang selamat dan terapeutik.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Berikut adalah antara perkhidmatan utama yang disediakan oleh Jabatan Psikiatri:

1. Klinik Pakar Psikiatri (Pesakit Luar)

2. Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam (Wad Psikiatri)

3. Perkhidmatan Perundingan Psikiatri (Liaison Psychiatry) untuk wad-wad lain

4. Perkhidmatan Psikiatri Komuniti:

  • Pasukan Psikiatri Komuniti (Lawatan ke rumah pesakit)
  • Klinik Pakar Lawatan (Merangkumi kawasan seperti Mukah, Sg. Asap, Belaga, dan lain-lain)
  • MENTARI Bintulu (Merangkumi klinik saringan, program sokongan pekerjaan, dan aktiviti rehabilitasi pesakit seperti aktiviti berkumpulan)

5. Terapi Elektrokonvulsif (ECT)

6. Aktiviti Promosi dan Kesedaran Kesihatan Mental

WAKTU OPERASI

Waktu Operasi Klinik Pakar

WordPress Responsive Table

Waktu Operasi Wad Psikiatri

Perkhidmatan rawatan pesakit dalam (wad) beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

HUBUNGI KAMI

Talian Temujanji Klinik Pakar: 086-859000 (ext. 2953)

Untuk pertanyaan am, sila hubungi MENTARI Bintulu:

Sekiranya mengalami krisis kesihatan mental yang teruk, anda boleh terus pergi ke Jabatan Kecemasan di hospital atau Klinik Kesihatan yang terdekat. Tiada temujanji diperlukan dan anda akan dirujuk kepada pasukan psikiatri jika perlu. Sila baca juga halaman sokongan krisis kami.