Pembedahan Am

PENGENALAN

Jabatan Pembedahan Am Hospital Bintulu telah mula beroperasi sejak 21 Mei 2000.
Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Bedah UD54 yang turut dibantu oleh 2 orang
Pakar Bedah, 18 orang Pegawai Perubatan serta kakitangan sokongan lain dari
pelbagai kategori.

Jabatan ini terletak di Aras 2 menghala kiri daripada lobi. Terdiri daripada wad dan
unit seperti yang berikut:

  • Wad Pembedahan Lelaki terdiri daripada 28 katil
  • Wad Pembedahan Perempuan terdiri daripada 14 katil
  • Wad Pembedahan Kanak-Kanak berkongsi dengan Wad Kanak-Kanak terdiri
    daripada 6 katil
  • Unit Kebakaran terdiri daripada 2 katil Rawatan Rapi
  • Klinik Pembedahan Am
  • Unit Rawatan Harian Pembedahan
  • Unit Endoskopi & Pembedahan Minor

FUNGSI UTAMA JABATAN

Jabatan Pembedahan Am bertanggungjawab dalam pengurusan semua aspek rawatan
pembedahan am. Jabatan ini menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh dan
merangkumi pelbagai bidang pembedahan am termasuklah sistem pencernaan dan
usus, kelenjar hempedu, payudara, kelenjar tiroid, rawatan kebakaran dan lain-lain
lagi. Juga menawarkan lawatan pakar perunding kanan secara berkala untuk
bidang-bidang pembedahan neurosurgeri, kolorektal, plastik dan rekonstruktif,
kanak-kanak dan urologi. Jabatan ini mengutamakan pendekatan rawatan
pembedahan secara minimally invasive seperti pembedahan laparoskopi dan juga
menawarkan pembedahan elektif secara harian untuk pesakit-pesakit yang sesuai
setelah saringan.

 

VISI JABATAN

Menjadi jabatan yang komited dalam menawarkan perkhidmatan yang holistik dan
mesra pelanggan kepada semua pesakit yang diberikan oleh kakitangan yang terlatih
dan professional.

 

MISI JABATAN

Menawarkan rawatan yang komprehensif dan berkualiti tinggi kepada pesakit melalui
kerja berpasukan dan sokongan rangkaian rujukan.

 

OBJEKTIF JABATAN

  • Mengenalpasti penyakit dan menyediakan rawatan komprehensif yang
    merangkumi pencegahan, penyembuhan, pemulihan dan palliatif kepada semua
    pesakit
  • Berusaha menaiktaraf perkhidmatan sejajar dengan perkembangan dan teknologi
    pembedahan yang terkini berdasarkan kemampuan jabatan
  • Memperkukuhkan dan meningkatkan ilmu serta kemahiran semua kakitangan
    melalui pembelajaran berterusan serta menerapkan budaya kerja berlandaskan
    elemen budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Memberi pendidikan kesihatan dan memupuk kesedaran kepada pesakit dan
    orang awam melalui kempen kesihatan berkala

SKOP PERKHIDMATAN

Rawatan Pesakit Dalam

  • Persediaan pesakit untuk pembedahan elektif
  • Persediaan pesakit untuk pembedahan kecemasan
  • Rawatan penyakit pembedahan akut dan kronik
  • Rawatan kemoterapi dan palliatif

Rawatan Harian

  • Persediaan pesakit untuk pembedahan elektif harian (masuk dan balik pada hari
    yang sama)

  • Rawatan kemoterapi harian

  • Rawatan luka dan membuka jahitan/klip pembedahan

  • Prosedur kecil seperti pengambilan sampel darah, penukaran tiub nasogastrik

  • Pendidikan pesakit

Klinik Pembedahan Am

  • Kes-kes baru dan susulan
  • Lawatan berkala pakar perunding kanan untuk pembedahan neurosurgeri,
    kanak-kanak, plastik dan rekonstruktif, serta urologi

Unit Kebakaran

  • Rawatan pesakit kebakaran major dan minor
  • Rawatan luka kebakaran harian

Unit Endoskopi & Pembedahan Minor

  • Prosedur diagnostik dan terapeutik skop OGDS dan kolonoskopi
  • Prosedur FNAC dan biopsi
  • Prosedur kecil dan pembedahan elektif dan kecemasan minor

JADUAL PERKHIDMATAN / WAKTU KAUNTER

Wad Pembedahan beroperasi sehingga 24 jam. Sila rujuk waktu melawat.

Seorang Pakar Bedah bertugas atas panggilan 24 jam.

WordPress Responsive Table