PENGENALAN
Fisioterapi adalah satu profesion yang menjaga kesihatan dengan menilai, mengembalikan dan/atau mengekalkan fungsi fizikal sedia ada. Fisioterapi juga terlibat dalam promosi kesihatan, pencegahan kecederaan, rawatan pemulihan, prahabilitasi, habilitasi dan rehabilitasi. Matlamat fisioterapi adalah untuk memulih, meningkatkan atau mengekalkan tahap fungsi fizikal pesakit dengan cara mengenal pasti punca masalah dan memberi perawatan secara langsung, mengenal pasti punca dan faktor penyebab dan melaksanakan langkah-langkah pembetulan atau pencegahan, menyediakan program-program pemulihan dan nasihat professional, dan memberikan nasihat tentang penggunaan peralatan khas dan alat alat bantuan yang diperlukan.
Unit Fisioterapi Hospital Bintulu mula beroperasi pada tahun 1986 oleh seorang Ahli Fisioterapi Gred U29. Unit ini telah dipindahkan dengan perpindahan Hospital baru ke Jalan Nyabau pada 21 Mei 2000. Pada hari ini, terdapat sebelas (11) orang kakitangan yang bertugas di Unit ini terdiri daripada seorang (1) Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi U9, seorang (1) Jurupulih Perubatan Fisioterapi U7, dua (2) Jurupulih Perubatan Fisioterapi U6, enam (6) Jurupulih Perubatan Fisioterapi U5 dan seorang (1) Pembantu Perawatan Kesihatan U1. Unit ini dilengkapi dengan modaliti yang terkini.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Rawatan muskuloskeletal:
– Kecederaan Sukan
– Amputee
– Kecederaan Kebakaran
– Kecederaan Tangan dan Kaki - Rawatan Neurologi:
– Strok (Angin Ahmar)
– Kecederaan Otak
– Penyakit Parkinson
– Kecederaan Saraf Tunjang
– Vestibular - Rawatan Kardiorespiratori
- Rawatan Pediatrik (Kanak-Kanak):
– Cerebral Pulsy
– Global Developmental Delay
– Torticollis - Rawatan Geriatrik (Warga Emas)
- Rawatan Limfodema
- Rawatan Inkontinen Urinari
- Rawatan Penyakit Tidak Berjangkit (Obesiti/Kencing Manis)
- Rawatan Palliatif
- Rawatan Rehabilitasi Jantung
WAKTU OPERASI
| Hari | Pagi | Petang |
| Isnin - Khamis | 08.00 pagi - 01.00 petang | 02.00 - 05.00 petang |
| Jumaat | 08.00 - 11.45 pagi | 02.15 - 05.00 petang |
| Sabtu, Ahad dan Cuti Umum | 07.30 pagi - 12.00 tengah hari (On-call* selama 4 jam) | |
| *Tugas atas panggilan (On-call) hanya untuk kes yang menggunakan ventilator serta POD 1-3 di wad/ICU/SCN dan kes-kes tertentu yang memerlukan rawatan Fisioterapi segera seperti Geriatrik. |
HUBUNGI KAMI
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
086-859074 (Kaunter Utama Jabatan Rehabilitasi)