Visi, Misi Dan Objektif

VISI

Memberi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Yang Cemerlang Dan Berkualiti

MISI

Memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang efektif, efisien dan berkualiti dengan mengamalkan budaya korporat KKM

MOTO KAMI

Komitmen Menyeluruh Ke Arah Kecemerlangan

OBJEKTIF

  • Untuk memastikan kadar kematian bagi pesakit Severity of Illness (SOI) 1 kekal pada tahap yang sangat rendah, selari dengan jangkaan klinikal bahawa pesakit SOI 1 mempunyai risiko kematian yang minimum.
  • Memastikan tindakan susulan dan penambahbaikan diambil secara berkesan ke atas isu-isu Audit Keselamatan (Safety Audit) demi menjamin persekitaran yang selamat untuk pesakit dan kakitangan.
  • Memastikan semua paramedik mempunyai status latihan Basic Life Support (BLS) yang sah dan terkini bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta kualiti respons kecemasan di fasiliti kesihatan.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% staf klinikal yang telah berkhidmat lebih daripada 6 bulan mempunyai Credentialing dan Privileging yang sah pada tahun semasa.
  • Meningkatkan peratusan jabatan klinikal yang menjalankan audit klinikal sekurang-kurangnya sekali setahun dalam tahun semasa.
  • Memastikan pematuhan Environmental Hygiene mencapai sekurang-kurangnya 70% kawasan klinikal di Hospital.

 

(Kemaskini pada 26 Januari 2026)