Farmasi

PENGENALAN

Jabatan Farmasi merupakan salah satu jabatan sokongan professional di bawah Hospital Bintulu yang memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan farmaseutikal yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada pesakit. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan Farmasi dan disokong oleh pegawai farmasi serta anggota farmasi yang berkemahiran tinggi dan berdedikasi.

Fungsi utama jabatan ini adalah untuk menyedia, membekal, memantau serta memastikan penggunaan ubat-ubatan secara rasional dan optimum dalam kalangan pesakit hospital.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan yang ditawarkan meliputi:

1. Perkhidmatan Ambulatori

Farmasi Klinik Pakar

Menyedia dan membekalkan ubat-ubatan serta memberikan kaunseling ubat kepada pesakit luar.

Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)

Memberikan bimbingan, pemantauan kepatuhan ubat, dan intervensi farmakoterapi kepada pesakit kronik seperti seperti diabetes, asma, pesakit yang mengambil ubat antikoagulan, pesakit jangkitan retrovirus serta pesakit hemodialisis.

Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (VAS – Value Added Services)

Menyediakan kemudahan bagi memudahkan pesakit mengambil bekalan ubat tanpa perlu menunggu lama, termasuk:

  • Ubat Melalui Pos (UMP)
  • Farmasi Park & Take
  • Farmasi Pandu Lalu @ Klinik Kesihatan Bintulu

Untuk melanggan perkhidmatan ini, pesakit boleh memuat turun aplikasi MyUbat atau melayari portal: https://myubat.pharmacy.gov.my/

2. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam

• Menguruskan penyediaan, pengeluaran, pembekalan dan pemantauan ubat kepada pesakit yang dirawat di wad, termasuk penyediaan dos unit serta semakan terapi ubat.

• Menyedia dan membekalkan ubat-ubatan serta memberikan kaunseling ubat kepada pesakit discaj untuk memastikan kesinambungan rawatan di rumah.

3. Perkhidmatan Farmasi Logistik

• Menguruskan perolehan, penerimaan, penyimpanan, kawalan stok, dan pengedaran ubat-ubatan serta bahan perubatan kepada semua unit farmasi dan jabatan klinikal.

4. Perkhidmatan Pengeluaran

• Melaksanakan penyediaan, pembungkusan semula ubat-ubatan, dan pengeluaran ubat-ubatan yang memerlukan teknik aseptik seperti rekonstitusi ubat sitotoksik dan sediaan khas mengikut keperluan klinikal.

5. Perkhidmatan Farmakoterapi

• Memastikan pesakit dalam wad menerima penggunaan ubat yang rasional melalui semakan regimen terapi, pemantauan keberkesanan ubat serta pemberian intervensi farmakologi di wad.

• Memberi perkhidmatan pendispensan dan kaunseling kepada pesakit discaj berkaitan penggunaan ubat-ubatan

• Memberi perkhidmatan pemantauan ubat terapeutik.

6. Perkhidmatan Sumber Maklumat Farmasi

• Memberi maklumat ubat-ubatan yang tepat, terkini dan berasaskan bukti kepada semua profesional kesihatan dan pesakit.

WAKTU OPERASI

A. Waktu Operasi Semasa Waktu Pejabat

Perkhidmatan Jabatan Farmasi akan beroperasi seperti berikut:

WordPress Responsive Table

*Hanya Unit Farmasi Klinik Pakar beroperasi 08.00 pagi hingga 05.00 petang (Isnin – Jumaat)

**B. Waktu Operasi di Luar Waktu Pejabat
(Untuk Unit Farmasi Pesakit Dalam sahaja)**

Perkhidmatan farmasi di luar waktu pejabat adalah seperti berikut:

WordPress Responsive Table