Menguruskan peruntukan di bawah anggaran belanjawan pembangunan termasuk menyelaraskan dan pengagihan peruntukan pembangunan bagi jabatan-jabatan di bawah Hospital Bintulu.
Mengurus perolehan terus dan sebut harga bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan Hospital Bintulu selaras dengan pengagihan peruntukan yang disediakan.
Mengeluarkan surat tawaran dan melantik kontraktor-kontraktor yang terpilih serta menyediakan terma dan syarat-syarat perlantikan bagi memastikan kepentingan kerajaan terpelihara dan perlaksanaan projek dilaksanakan mengikut jadual.
Memantau dan mengawal selia kontraktor, pelaksanaan dan kemajuan projek serta mengatasi masalah yang berlaku semasa projek dilaksanakan.
Menguruskan pembayaran kepada kontraktor yang menyempurnakan projek dengan pengesahan daripada syarikat konsesi Faber Medi-Serve Sdn. Bhd.
Membuat penilaian projek dan prestasi perbelanjaan serta kontraktor bagi menentukan langkah pembaikan dan inovasi dilaksanakan dari masa ke semasa.
Menyediakan kertas cadangan permohonan peruntukan projek pembangunan dan menyediakan kertas justifikasi permohonan tambahan peruntukan pembangunan yang diperlukan dari masa ke semasa.
Menyediakan projek-projek mengikut keutamaan yang diperlukan oleh jabatan-jabatan di Hospital Bintulu.