Kejururawatan

Ketua Penyelia Jururawat Hospital U42 : Matron Kathleen Rose
Emel: matronhbtu@moh.gov.my
PENGENALAN UNIT

Unit Kejururawatan ini diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat Hospital dan dibantu oleh Penyelia Jururawat Kawasan. Unit Kejururawatan juga merupakan unit yang terbesar di Hospital Bintulu, di mana ianya terdiri daripada beberapa kategori Jururawat yang berbeza mengikut gred. Perkhidmatan kejururawatan merangkumi aspek perawatan, pencegahan, mempromosi dan  mengoptimumkan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu pesakit-pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.

Lokasi pejabat Ketua Penyelia Jururawat Hospital terletak di Aras 1, di koridor antara Wad Perubatan Lelaki dan Pejabat Pengurusan.

LATAR BELAKANG UNIT

Unit Kejururawatan diwujudkan pada 21 Mei 2000 di Hospital Bintulu , Jalan Nyabau. Pada mulanya Unit ini terletak di Blok Pengurusan, namun ianya telah dipindahkan ke lokasi sekarang  bermula pada bulan Jun 2008.

Unit Kejururawatan memberikan perkhidmatan kepada pesakit luar dan pesakit dalam yang merangkumi sebanyak 302 katil.

FUNGSI UTAMA UNIT

1) Pembangunan Profesionalisma Berterusan Untuk Jururawat

a) Continuous Nursing Education (CNE)

b) Latihan Dalam Perkhidmatan

c) Latihan Pengkhususan – Diploma Lanjutan untuk Jururawat (Post Basik)

d) Program Pementoran Kejururawatan.

e) Penyelidikan Kejururawatan

2) Pemantauan Dan Aktiviti;

2.1) Kakitangan Kejururawatan

a) Audit Kejururawatan – National Nursing Indicator Audit (NNIA), National Operating Room Nursing Audit (NORNA) dan Clinical Assessment.

b) Kajian Kepuasan Pelanggan.

2.2) Pemantauan Keselamatan Pesakit seperti Prevention of Fall, Pressure Ulcer, Thrombophlebitis dan lain-lain.

3) Perkhidmatan Klinikal untuk Klien/Pesakit

VISI
  • Menjadi sebuah Unit yang cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan yang selamat, efisien dan memberikan penjagaan yang berkualiti tinggi kepada klien/pesakit.
MISI
  • Mengamalkan nilai-nilai budaya korporat dalam penjagaan dan perawatan pesakit.
  • Mengamalkan budaya kerja yang baik dengan mematuhi kod etika dan peraturan- peraturan kejururawatan.
MATLAMAT

Jururawat menjadi tunjang serta tulang belakang dalam perkhidmatan kesihatan dan mempunyai kemahiran serta keikhlasan dalam memberikan penjagaan perawatan bagi membantu pesakit mencapai dan mengekalkan fungsi kesihatan yang optima.

OBJEKTIF

1) Objektif Am

  • Memberi penekanan bahawa penjagaan dan perawatan kejururawatan yang di beri kepada klien adalah kos efektif, efisien, selamat dan berkualiti tinggi mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

2) Objektif Spesifik

  • Memastikan penjagaan kejururawatan yang berkualiti diberikan oleh Jururawat yang berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran.
  • Mempraktikkan  amalan penjagaan yang selamat dalam persekitaran yang selamat oleh Jururawat.
  • Untuk mencapai standard yang tinggi dalam memberi penjagaan kejururawatan yang berkualiti dengan mengamalkan nilai-nilai budaya korporat.
  • Untuk mempromosi kesihatan, pencegahan penyakit , pemulihan kesihatan dan mengurangkan penderitaan pesakit/klien.
SKOP PERKHIDMATAN

1) Rawatan Pesakit Dalam

Terdiri daripada beberapa disiplin seperti :

a) Jabatan Perubatan Am.

  • Wad Perubatan Lelaki dan Perempuan.
  • Wad Tibi.
  • Wad Isolasi/Pengasingan bagi kes-kes berjangkit.

b) Jabatan Pembedahan Am.

  • Wad Pembedahan Lelaki dan Perempuan.
  • Unit Kebakaran
  • Unit Prosedur & Endoskopi (Minor OT).

c) Jabatan Orthopedik.

  • Wad Orthopedik.

d) Jabatan Pediatrik.

  • Wad Pediatrik Am
  • Special Care Nursery (SCN)
  • Neonatal Intensive Care Unit (NICU).

e) Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.

  • Ward Ginekologi
  • Ward Materniti
  • Bilik Bersalin.

f) Jabatan Optalmologi.

g) Jabatan ENT (Ear, Nose & Throat).

h) Jabatan Anestesiologi.

  • Intensive Care Unit
  • Acute Pain Service (APS)
  • Dewan Bedah

2) Rawatan Pesakit Luar

Memberikan perkhidmatan kepada pesakit di Klinik Pakar (semua disiplin termasuk Perkhidmatan Psikiatri), Unit Hemodialisis dan Unit Kecemasan & Trauma.

3) Perkhidmatan Sokongan Klinikal

Menyediakan perkhidmatan Klinikal seperti Central Sterile Supply Unit (CSSU) dan Unit Kawalan Infeksi.

4) Lain-lain Perkhidmatan

Unit Kaunseling, Unit Pendidikan Kesihatan dan Unit Kualiti.

JADUAL PERKHIDMATAN

0800H – 1700H (Isnin hingga Jumaat)