Pengurusan Risiko Pesakit

PENGENALAN

Unit Pengurusan Risiko Pesakit (UPRP) Hospital Bintulu telah ditubuhkan pada 1 Julai 2025, selaras dengan keperluan dan hala tuju terkini yang digariskan melalui Pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memperkukuh budaya keselamatan pesakit di semua fasiliti kesihatan. Penubuhan unit ini merupakan langkah pemerkasaan struktur pengurusan risiko di hospital, menggantikan peranan terdahulu yang sebelum ini bernaung di bawah Unit Kualiti Hospital Bintulu sejak tahun 2000. Melalui penstrukturan semula ini, UPRP diberi mandat khusus untuk menyelaras pembangunan sistem keselamatan pesakit yang lebih komprehensif, responsif dan berintegrasi, sejajar dengan standard KKM serta aspirasi peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Peneraju, penyelaras serta pusat rujukan bagi semua aktiviti Clinical Audit dan Audit Keselamatan Pesakit di Hospital Bintulu, merangkumi penyelarasan jadual, pemantauan pematuhan serta penyediaan laporan kepada pihak pengurusan.
  • Pusat rujukan dan sekretariat rasmi bagi program pengurusan kematian perioperatif dan pengurusan kesakitan, termasuk penyelarasan mesyuarat, dokumentasi serta kompilasi laporan untuk tindakan susulan klinikal.
  • Peneraju, pusat rujukan dan sekretariat utama bagi inisiatif keselamatan pesakit seperti Malaysian Patient Safety Goals (MPSG), Pelaporan Insiden Keselamatan Pesakit, Root Cause Analysis and Action Plan (RCA & AP), Safe Surgery Saves Lives, serta Program Fall Prevention and Intervention, merangkumi pelaksanaan latihan, pemantauan kepatuhan dan penghasilan laporan audit keselamatan pesakit.

WAKTU OPERASI

Berdasarkan waktu anjal (08.00 pagi – 05.00 petang)

HUBUNGI KAMI

No. tel: 086-85900, samb.: 4549
E-mel: qaphbtu@moh.gov.my