-
PENDAHULUAN
Unit ofthalmologi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pesakit yang semakin ramai di mana mereka mengalami masalah penyakit mata dan sekaligus dapat mengurangkan beban mereka yang sebelum ini terpaksa ke hospital yang terdekat iaitu Klinik Mata Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan mata. Ini bertujuan untuk memberikan servis dan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit yang rata-ratanya berasal dari pedalaman.
Klinik ini dilengkapi dengan beberapa peralatan pemeriksaan mata seperti Slit-Lamp, Direct Funduscopy, Ophthalmoscope, Keratometer, Lensmeter, Octopus Perimetri Automatik, A-Scan, Retinoskop, Set Refraksi dan Kanta Sentuh Cubaan. Klinik ini mempunyai 4 bilik iaitu bilik pemeriksaan Oftalmologi, bilik prosedur pembedahan minor dan 2 bilik Pegawai Optometri.
1.1 LOKASI
Klinik Pakar Mata terletak di bangunan Klinik Pakar bersama-sama Klinik Perubatan dan Klinik Pakar Kanak-Kana, berdekatan dengan pintu utama Hospital Bintulu.
1.2 VISI
Menyediakan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit seiring dengan Visi Hospital Bintulu.
1.3 MISI
Menyediakan perkhidmatan yang efektif untuk semua pesakit untuk meningkatkan kesihatan sejagat.
1.4 OBJEKTIF
- Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan dan rawatan mata dengan efektif.
- Mengurangkan kadar kes yang menyebabkan vision disability yang dapat dielakkan jika dikesan pada peringkat awal.
- Menambahbaik keadaan pesakit low vision dan pesakit mata yang lain.
1.5 WAKTU BERTUGAS
- Isnin, Rabu, Khamis: Temujanji pesakit dengan Pakar Mata
- 8.00pagi – 1.00petang
- Selasa & Jumaat: Hari Pembedahan
- 8.00pagi – 4.00petang
- Sabtu, Ahad, & Cuti Umum: Tutup
2. SKOP PERKHIDMATAN
2.1 PEGAWAI OFTALMOLOGIS
2.1.1 PERKHIDMATAN
- Memeriksa, merawat dan memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada pesakit di Klinik Mata.
- Melakukan pembedahan besar di dewan bedah mata.
- Melakukan pembedahan kecil dan prosedur-prosedur lain di Klinik Mata.
- Menjalankan rondaan di Wad Mata setiap hari.
- Memberikan rawatan laser bila perlu di Klinik Mata dan dewan bedah.
- Membuat tugas atas panggilan di luar waktu pejabat dan hari pelepasan am.
- Menjalankan klinik khas seperti Klinik Vitroretinal mengikut jadual.
- Menulis laporan perubatan bila perlu.
- Mengadakan lawatan ke hospital daerah dan klinik kesihatan.
- Memberi liputan Pegawai Oftalmologis untuk hospital lain bila diperlukan.
2.2 PEGAWAI OPTOMETRI
2.2.1 PERKHIDMATAN KLINIKAL
- Melakukan ujian penilaian fungsi binokular kepada pesakit yang dirujuk.
- Melakukan ujian refraksi kepada pesakit iaitu melakukan pengukuran kuasa kesalahan refraktif mata dan seterusnya menentukan preskripsi cermin mata yang sesuai bagi pesakit yang memerlukan cermin mata termasuk pesakit-pesakit yang belum dan telah menjalani pembedahan katarak, selaput mata, glaukoma dan sebagainya.
- Menentukan sama ada pesakit yang dirujuk merupakan calon yang sesuai untuk pemakaian kanta sentuh. Seterusnya membuat pemasangan kanta sentuh jika diperlukan. Di samping itu juga, memberi tunjuk ajar dan bimbingan nasihat mengenai pemakaian kanta sentuh serta pemeriksaan lanjutan.
- Membuat saringan, pemeriksaan dan terapi mata kepada pesakit kanak-kanak yang memerlukan dan dirujuk.
- Melakukan pemeriksaan, menentukan jenis peralatan yang sesuai, merujuk pesakit-pesakit ke badan-badan tertentu seperti Persatuan Orang-orang Buta, merujuk pesakit ke Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) dan akhirnya melakukan pemantauan penggunaan alat bantu penglihatan bagi pesakit ‘low vision’ (penglihatan terhad).
- Melakukan ujian medan penglihatan (Bjerrum Visual Field test/ Octopus visual fiels test) kepada pesakit glaucoma dan sebagainya.
- Melakukan ujian medan penglihatan jarak dekat (Hess Chart) kepada pesakit.
- Melakukan pemeriksaan K-reading iaitu mengukur kelengkungan mata bagi pesakit-pesakit sebelum menjalani pembedahan katarak dan kepada pesakit yang telah menjalani pembedahan serta menentukan kedudukan jahitan yang perlu dibuka.
- Mengukur kuasa kanta IOL melalui pemeriksaan A-scan ke atas pesakit yang perlu menjalani pembedahan katarak.
- Membuat pemeriksaan ortoptik asas iaitu pemeriksaan ke atas pesakit-pesakit juling dan memberikan rawatan secara prisma, pemakaian cermin mata atau latihan ortoptik pada mata.
- Melakukan ujian refraksi, K-reading dan A-scan di dalam bilik pembedahan di bawah EUA.